#LejenFlix: Penat Ketika WFH? Fiery Priest Akan Buat Anda Rasa Refresh!

Semalam baru saja diumumkan bahawa ‘total lockdown’ 3.0 akan dilanjutkan sehingga 28 Jun ini. Sudah pasti ramai diantara kita yang diwajibkan WFH (Work From Home) atau bekerja dari rumah, bukan?

Bila WFH ini, kadang-kadang buatkan kita rasa lemah dan jemu sebab berada di satu tempat yang sama sepanjang masa.

Jadi, jika anda ingin menonton sesuatu yang boleh refresh mood dan tenaga anda ketika berehat sebentar dari kerja, Fiery Priest memang sesuai untuk anda!

Kalau anda fikir ‘Tahulah WFH tapi takkan nak bazirkan masa rehat sampai satu jam?’, no, no, no.

Tak usah anda risau, Fiery Priest hanya makan masa 30 minit sahaja per episod jika hendak dibandingkan dengan kdrama biasa.

Malah, dalam 30 minit itu padat dengan pelbagai babak yang akan buatkan anda rasa terhibur sepanjang masa.

Drama yang mempunyai 40 episod ini penuh dengan adegan lucu tak kering gusi, aksi yang buatkan anda terpana melihatnya dan juga babak menyentuh hati.

Fiery Priest menceritakan kerjasama diantara paderi Kim Hae Il (Kim Nam Gil), detektif Koo Dae Young (Kim Sung Kyun) dan pendakwa raya Park Kyung Sun (Honey Lee) untuk menyelesaikan kes bunuh seorang paderi tua.

Gabungan dan keserasian diantara ketiga-tiga karakter ini akan buat rehat 30 minit anda itu rasa berbaloi!

Sumber: Viu Singapore

Sedikit penerangan bagi karakter utama dalam drama ini, paderi Kim adalah seorang yang agak baran dan bertutur bagaikan tiada filter.

Bukan itu saja, dia juga cepat untuk belasah orang jika berdepan dengan ketidakadilan ataupun hanya kerana tidak puas hati.

Paderi apa pukul orang? Itu juga merupakan soalan yang akan anda dengari untuk beberapa kali pada awal siri ini!

Detektif Koo pula kuat bercakap tetapi pengecut dan senang dipijak orang. Disebabkan ini, dia tersepit diantara pihak jahat dan pihak baik.

Manakala, pendakwa raya Park seorang yang sangat bercita-cita tinggi serta bagus dalam kerjanya. Kalau ada yang berani kacaunya, siap sedialah untuk masuk penjara.

Selain mereka, watak-watak sokongan juga sangat memainkan peranan. Bagi penulis, mereka juga buatkan siri ini sangat menarik untuk ditonton.

Contohnya, hubungan diantara Songsak (Ahn Chang Hwan) dan Jang Ryong (Eum Moon Suk).

Jang Ryong (atas) dan Songsak (bawah): SBS Catch

Pada awalnya, Jang Ryong suka membuli Songsak kerana dia merupakan warga asing dari Thailand yang tidak fasih bahasa Korea.

Setiap kali mereka terserempak, Jang Ryong akan menyuruhnya membuat tongue twister. Apabila salah, dia akan memukul Songsak.

Namun, sepanjang siri ini, penulis dapati agak sukar untuk membenci Jang Ryong kerana wataknya sangat kelakar dan Songsak juga menganggapnya sebagai kawan.

Disamping itu, Fiery Priest juga ada membuat beberapa babak parodi drama dan filem popular. Peminat drama dan filem korea pasti dapat cam babak tersebut.

‘Mr. Sunshine’ Salah Satu Babak Parodi Dalam Fiery Priest | Sumber: Soompi

Walaupun plot cerita Fiery Priest agak cliche,

Misalnya mengenai ketidakadilan dan korupsi pihak atasan, anda tidak akan bosan dengan cara penyampaiannya.

Siri ini tidak terlampau tegang hanya kerana ia bergenre jenayah, namun cukup untuk buat anda faham kenapa watak-watak utama perlu bekerjasama.

Bagi adegan yang penuh perasaan pula, terutamanya babak latar belakang watak, pada pendapat penulis ianya tidak keterlaluan malah terasa tulen.

Selain itu, tidak kiralah ketika adegan lucu atau saspens, adegan pertarungan juga sangat seronok untuk ditonton walaupun bagi yang tidak suka aksi berkasar.

Aksi Serius | Sumber: Tumblr (BUNNY)
Dramabeans Korean drama recaps
Aksi Kelakar | Sumber: Dramabeans

Drama Fiery Priest ini mampu memberi penonton pelbagai emosi dari ketawa, menangis dan juga marah. 

Siri berdurasi 30 minit per episod ini merupakan sebuah drama yang unik dan angin anda pasti akan berubah menjadi lebih baik lepas menontonnya ketika WFH.

Jika anda hendak tahu, dikhabarkan pengambaran sequel bagi Fiery Priest 2 akan dilakukan pada tahun hadapan!

Screenshot Dari Episod Terakhir Fiery Priest | Sumber: Thoughts Ramble

Anda boleh tonton trailer Fiery Priest di bawah:

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca