Pelakon yang berasal dari Kanada, Christopher Plummer mengembuskan nafas terakhir semalam di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat.
Pernah berlakon sebagai watak hero di The Sound of Music, Plummer cukup terkenal dengan lakonan berkonsepkan teater dan pernah memegang rekod sebagai pemenang tertua pada anugerah Oscar pada 2012.
Dengan bakat seninya itu, beliau berjaya menyentuh hati rata-rata penonton dan akan kekal relevan kepada semua generasi.
Kemunculan beliau dalam bidang lakonan teater sangat memberangsangkan di mana pengkritik John Simon pernah menyatakan suara merdunya boleh menggilap cermin.
Plummer memainkan watak sebagai Captain Von Trapp dalam muzikal yang pernah memenangi anugerah Oskar, The Sound of Music.
The Sound of Music mengisahkan tentang Captain Von Trapp yang merupakan seorang duda anak tujuh jatuh cinta dengan penjaga anaknya, yang turut dibintangi oleh Julie Andrews.

Beliau juga pernah menjadi suara latar dalam beberapa movie animasi terkenal seperti Up, An American Tale dan juga siri TV Madeline.
Bagi anda yang ingin menonton filem yang berkualiti, anda mesti tonton beberapa lagi filem lain yang dibintangi Christopher Plummer.
1.Star Trek VI: The Undiscovered Country (1991)

Dalam filem ini, Plummer memakai prostetik dan tampalan mata bagi menjiwai watak Klingon General Chang, yang mempunyai kecenderungan terhadap ayat Shakespeare.
2. Up (2009)

Plummer menjadi suara latar untuk watak antagonis, Charles Muntz dalam filem animasi tersebut.
3. Beginners (2010)

Berjaya meraih satu-satunya anugerah Oscar dengan memainkan watak Hal, beliau berlakon sebagai duda yang menjadi gay dalam fasa umurnya yang lewat. Dengan watak ini jugalah beliau memenangi anugerah BAFTA, Golden Globe dan anugerah SAG.
4. All the Money in the World (2017)

Menggantikan tempat Kevin Spacey, beliau memainkan watak sebagai J. Paul Getty yang merupakan seorang billionaire. Plummer pernah dicalonkan buat kali ketiga untuk anugerah Oscar dengan membawa watak tersebut.
5. Knives Out (2019)

Dalam filem ini, beliau sekali lagi memainkan watak sebagai ketua keluarga yang besar. Tetapi kali ini lebih terdorong kepada genre thriller.
*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: