#LejenFlix: Pasangan Spitz Siasat Kes Sampai Ke Paris, Murder Mystery 2 Keluar Akhir Mac Ini

Pasangan Spitz, dilakonkan oleh Jennifer Aniston dan Adam Sandler kembali semula dengan kes baru dalam filem Murder Mystery 2.

Akhir Mac ini, filem Murder Mystery 2 akan kembali dengan kes yang lebih besar dan sulit untuk diselesaikan yang sudah semestinya, melibatkan kalangan orang-orang kaya.

Filem keluaran pertama mereka telah menarik minat ramai orang atas kebijaksanaan dalam menyiasat kes pembunuhan tetapi turut mengandungi komedi yang sangat menghiburkan.

Ceritanya mengisahkan tentang Nick Spitz (Adam Sandler), seorang polis dan isterinya, Audrey Spitz (Jennifer Aniston) menerima jemputan seorang jutawan, Charles Cavendish (Luke Evans) untuk ke pesta kapal layar mewahnya.

Kemudian, satu pembunuhan berlaku ketika mereka berlayar dan pasangan Spitz ini dituduh membunuh jutawan tua tersebut.

Selepas pelbagai konflik, pasangan itu berjaya selesaikan kes pembunuhan yang berlaku dan dapat percutian menaiki Orient Express sebagai ganjaran.

Filem akan datang ini merupakan sekuel pada filem pertama di mana empat tahun kemudian, mereka berdua sudah menjadi pasangan detektif periibadi sepenuh masa dan hendak merasmikan agensi penyiasat peribadi mereka sendiri.

Mereka dijemput ke majlis perkahwinan kawan mereka, Maharaja (Adeel Akhtar) di sebuah pulau.

Apabila mereka tiba, pelbagai masalah berlaku dan pengantin lelaki telah diculik. Semua termasuk pengantin perempuan menjadi suspek.

Saksikan Murder Mystery 2 untuk melihat mereka siasat kes ini hingga ke tempat kahwin idaman Audrey iaitu di Paris.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca