#LejenFlix: Paparkan Isu Hak Wanita, ‘Sa Balik Baju’ Buka Mata Penonton

netflix sa balik baju

Seiring dengan isu semasa yang banyak dipaparkan berkaitan wanita, Sa Balik Baju berjaya membuatkan penonton sedar akan realiti yang dihadapi oleh masyarakat sekarang.

Karya terbitan daripada Red Communications ini menceritakan tentang enam orang wanita yang mempunyai kisah yang berbeza namun masing-masing sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, keenam-enam cerita ini secara tidak langsung mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat iaitu Mira Filzah, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing, filem ini mengetengahkan pelbagai isu khusus tentang wanita.

Isu hangat seperti perkahwinan bawah umur, ragam ibu mengandung dan isu jenaka ‘kotor’ ada ditampilkan menerusi filem ini.

Ia dipecahkan dengan baik mengikut jalan cerita keenam-enam kisah itu.

Selain itu, cabaran media sosial pada hari ini banyak ditunjukkan sekaligus memberi kesedaran buat penonton tentang pengaruh kuat media sosial.

Filem berdurasi hampir dua jam ini merupakan karya daripada empat pengarah wanita. Terdiri dariada Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar dan Afiza Asram.

Dengan gaya penyampaian yang santai dan menarik, filem ini mampu membongkar stigma yang berlaku kepada para wanita di Malaysia.

Gabungan elemen drama, suspen dan komedi berjaya mencuit hati penonton di samping memberi mesej dan pengajaran kepada penonton.

Walaupun isu yang dibahaskan agak berat tetapi dengan gaya santai filem ini membuatkan penonton mudah menerimanya.

Untuk tontonan, filem ini telah ditayangkan di saluran Netflix pada 21 Oktober 2021 lalu.

Bagi sesiapa yang gemar dengan karya perfileman arwah Yasmin Ahmad, filem yang seakan arahannya ini amat sesuai buat anda.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca