Filem terbitan syarikat Empire Film Solution ini berkisarkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal yang dikelilingi gosip-gosip liar iaitu Khaty (Sherry AlHadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty inginkan Rahim G (Azhan Rani) selaku pengarah terkenal untuk mengarahkan filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang pihak produksi menjayakan filem tersebut.

Filem arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler ini mengangkat suka duka yang harus dihadapi pihak produksi dalam menjayakan sesebuah filem. Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai bahawa untuk menghasilkan sesebuah filem itu bukanlah mudah. Ia memerlukan kerjasama daripada semua krew belakang tabir dan juga pengarah itu sendiri.
Pada pendapat penulis, apa yang disampaikan dalam filem ini merupakan sesuatu yang segar dan masih belum ada filem-filem di Malaysia yang mengangkat isu seperti ini. Filem in juga memberikan persoalan kenapa filem-filem Melayu pada zaman kini tidak berkualiti seperti filem pada zaman dahulu.
Walau bagaimanapun, filem yang berdurasi selama 1 jam 10 minit ini mempunyai banyak kelopongan dan persoalan yang tidak terjawab.
Apa yang lebih menghampakan adalah screentime watak lakonan Scha Al Yahya dan Erra Fazira dalam filem ini hanyalah 5% daripada keseluruhan filem sedangkan nama dan wajah mereka ada diletakkan di dalam poster. Namun, pujian harus diberikan kepada semua pelakon kerana berjaya menggalas watak mereka dengan sangat baik.
Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati ramai yang memberikan kata-kata positif terhadap filem ini dan ada juga yang kurang menggemarinya.
As promise, harini aku subscribe cerita #BikinFilem . Pelakon2 semua fav ❤️ @azhanrani @Sherry_Alhadad @Amerul_Affendi dll. Best! pic.twitter.com/deHuTe2Pyz
— ازرينا سمسول (@AzrinaSamsol) November 8, 2020
Movie #BikinFilem ni best. Tapi dia macam ada satu perasaan tau.. Macam tak puas.. Sepatutnya banyak lagi kut blh masukkan. Hmm tak pandai nak explain. Tp best. Berbaloii giler. Dgn along yg suka marah2. Tp director Rahim G superb. Cool sajaaaa
— 𝖗𝖚𝖍𝖎𝖑 jual barang rumah (@rhlamn) November 8, 2020
Tengah menonton ‘Bikin Filem’. Korang semua dah tengok ke? Boleh tonton di Astro First guys. #BikinFilem pic.twitter.com/KGzVe2Yrbt
— Remy Ishak (@remy_ishak) November 6, 2020
Baru lepas tengok #BikinFilem . Gelak jela dari awal smpi habis. Beli pun sbb ade @Amerul_Affendi dgn azhan rani je. Dh boleh bayang la abang sendiri serabut jadi pm mcm mana. Tgh syarifah sakinah jadi pm pun dah pening kepala.
— A (@ayuarissha_) November 6, 2020
Ramai sangat orang tersayang dalam cerita nie. It was fun to see the freak outs and drama yang memang jadi on set. Satu set sakit. 🤣 Sayang you @Sherry_Alhadad @azhanrani @Amerul_Affendi dan geng lain yang tak layan twitter. 😆 pic.twitter.com/S657k803re
— Sharifah Amani (@sharifahamani) November 6, 2020
157. Bikin Filem (2020)
— ali 💫 (@sleepycarbonara) November 24, 2020
Comedy
Pasal masam manis kehidupan produksi/agensi/latar belakang/disebalik tabir pembikinan filem aksi tapi asyik kucar kacir. Pelakon ramai yang hebat, tapi banyak 'hole' dalam filem. Rasa macam banyak sangat scene dipotong. Hmm
(6.9/10)#RekomenFilem pic.twitter.com/9ow5m6RIgB
Filem ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira dan ramai lagi!
Untuk tonton filem ini, anda boleh melanggannya di saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.
Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: