#LejenFlix: Netflix Umum Barisan Pelakon Yang Bakal Bintangi Money Heist Versi Korea

Baru-baru ini, Netflix dalam satu kenyataan media telah menyatakan bahawa drama bersiri popular Sepanyol berjudul Money Heist benar-benar akan diadaptasi ke versi Korea tidak lama lagi.

Bagi peminat Money Heist mahupun K-drama, anda pasti tidak sabar untuk menonton drama versi Korea ini.

Syarikat produksi BH Entertainment dengan kerja sama Content ZIUM secara rasminya memilih beberapa barisan pelakon utama terkemuka di Korea Selatan.

Sumber: Vocket

Antaranya adalah Yoo Ji Tae sebagai The Professor dan Kim Yunjin sebagai Seon Woojin yang merupakan seorang inspektor dalam pasukan Task Force Team.

Sumber: Vocket

Menurut laporan, drama yang bakal menemui penonton Netflix ini mempunyai 12 episod seiring dengan jalan cerita yang hampir serupa dengan versi asal.

Namun, lebih uniknya kali ini pengambaran siri berkenaan akan dilakukan sepenuhnya di Korea Selatan.

Money Heist versi Korea ini diarahkan oleh pengarah terkenal Kim Hong-sun yang cukup popular dengan karya drama seperti Son: The Guest, Voice dan Black.

Di belakang tabir, para penulis skrip yang terdiri daripada Ryu Yong-jae, Kim Hwan-chae dan Choe Sung-jun diberikan tugas mengadaptasikan lakon layar serta skrip drama ini kepada versi Korea.

Bagi sesiapa yang belum lagi menonton drama ini, Money Heist menceritakan sekumpulan perompak bank yang dilatih dan diketuai oleh the Professor dan Task Force Team yang akan menumpaskan kegiatan rompakan the Professor bersama konco-konconya itu.

Memandangkan Money Heist versi Sepanyol sudah trending di Netflix, bagaimana pula dengan versi Korea?

Pasti anda tak sabar-sabar kan nak tengok Money Heist versi Korea?

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca