#LejenFlix: Mencuit Hati Penonton Dengan Aksi Komedi Romantik, Ini Review Drama Bersiri Netflix ‘Do Do Sol Sol La La Sol’

Do Do Sol Sol La La Sol mengisahkan sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Gu Ra Ra (Go A-ra) yang secara tidak sengaja bertemu Sunwoo Jun (Lee Jae-wook), lelaki penuh misteri sebelum pernikahannya. Ditinggalkan pada hari persandingan, Ra Ra telah dikejutkan dengan kematian bapanya dan kini meneruskan kehidupannya bersendirian tanpa kewangan yang mencukupi.

Tidak hanya diuji dengan kehilangan tempat bergantung, Ra Ra sekali lagi ditipu dalam urusan sewa rumah apabila sudah terbiasa diuruskan oleh bapanya disebabkan dari golongan berada. Ra Ra malahan membesar sebagai seorang wanita moden yang tidak tahu menguruskan hidupnya sendiri dan hanya tahu bermain piano kerana diajar sejak kecil.

Sumber: Preview

Cerita diteruskan dengan Ra Ra mula menerima mesej di media sosialnya dari pengguna yang bernama “dodosolsollalasol” menyebabkan dia ingin menjejaki individu misteri itu sehinggalah dia tiba di sebuah bandar bernama Eunpo City.

Takdir menemukan mereka apabila Ra Ra sekali lagi bertemu Sunwoo dan terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan Ra Ra dihospitalkan. Walaupun begitu, Sunwoo, seorang lelaki dingin yang menyimpan banyak rahsia tetap membantu dan meminjam duitnya kepada Ra-Ra. Sunwoo malahan memberi pinjam tempat tinggalnya kepada Ra Ra untuk menubuhkan akademi pianonya sendiri yang diberi nama “La La Land”.

Sumber: Soompi

Plot drama yang ringkas membuatkan rata-rata penonton geli hati dengan gelagat yang dibawa oleh watak Ra Ra yang naif dan langsung yang tidak boleh dijangka. Bahkan perkembangan cerita yang tidak terlalu berat sedikit sebanyak menghilangkan beban tekanan penonton yang menontonnya.

Buat peminat drama bersiri Korea yang mencari sesuatu yang menyegarkan dan tidak terlalu serius, drama ini boleh ditonton di platform Netflix dengan 16 episod yang sudah habis ditayang.

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel berkaitan #Lejenflix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca