#LejenFlix: Membawa Elemen Seram Psikologi, The Batman Dijadual Menemui Panggung Pada 4 Mac

Salah satu filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, The Batman, semakin hampir dengan tarikh tayangan teaternya iaitu pada 4 Mac.

Diarahkan oleh Matt Reeves yang juga menulis lakon layar bersama Peter Craig, The Batman memaparkan Bruce Wayne (dilakonkan oleh Robert Pattinson) pada tahun kedua dirinya memerangi jenayah sebagai Batman.

Menurut Mat Reeves filem The Batman ini bakal bermain dengan psikologi dan sisi gelap Batman sebagai seorang detektif handal dan adiwira Kota Gotham. Ia boleh dikatakan sebuah filem seram psikologi.

“Dalam cara tertentu ia adalah filem seram psikologi, ia adalah filem ngeri, ia adalah filem pembunuh bersiri dan ia juga sejenis kisah cinta yang hebat,” terangnya.

The Batman' Release Date, Cast, Plot Details | IndieWire
The Batman akan meneroka watak Batman yang masih muda.

Bintang utama filem The Batman, Robert Pattinson yang sudah melihat filem itu pula mendedahkan bahawa filem berkenaan bersifat lebih peribadi dan emosional berbanding filem-filem yang sebelumnya.

“Apabila saya melihatnya pada kali pertama, walaupun dari babak pertama, ia berasa sangat berbeza tona dengan filem lain.

“Dan ia sangat pelik, dan agak…menyedihkan, dan cukup menyentuh perasaan. Ia adalah kisah Batman yang benar-benar luar biasa, dan ia hampir kelihatan lebih sukar bagi saya untuk membayangkan ia menjadi satu siri selepas itu.

“Maksud saya, mereka sentiasa mempunyai sedikit sebanyak itu pada penghujungnya, seperti: ‘…dan akan datang!’ Tetapi selain itu, ia berasa amat peribadi. Saya rasa orang ramai akan terkejut dengan perbezaannya,” katanya.

Riddler dalam The Batman tampil dengan rupa yang menyeramkan.

Dalam filem ini, Batman/Bruce Wayne muda sedang bergelut dengan isu kemarahan yang membuak-buak dalam dirinya sambil sedang mencuba untuk membawa penjenayah Gotham ke muka pengadilan.

Seorang pembunuh bersiri yang bergelar Riddler tiba-tiba memunculkan diri, memprovokasi Batman dengan membunuh golongan elit Gotham dan meninggalkan petunjuk samar-samar yang mempunyai kaitan dengan korupsi di Kota Gotham.

Untuk memburu pembunuh, Batman bersekutu dengan Catwoman/Selina Kyle (Zoë Kravitz), seorang pencuri yang sedang mencari rakan yang hilang.

The Batman first reactions: 'Robert Pattinson is your favourite new Batman'  | Entertainment News,The Indian Express
Bagi menangkap pembunuh, Batman akan bersekutu dengan Catwoman yang dilakonkan oleh Selina Kyle.

Filem ini juga menampilkan Jeffrey Wright sebagai James Gordon, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, dan Colin Farrell sebagai Penguin.

Filem The Batman bukan sahaja menjanjikan kisah yang lebih emosional sahaja, malah juga menghadirkan reka bentuk watak yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Sebagai contoh, watak Riddler ditampilkan sebagai susuk tubuh mengerikan dengan topeng yang mengingatkan penggemar pada seorang pembunuh berantai Zodiac Killer, meninggalkan rupa ikonik lamanya dengan topi fedora yang berwarna hijau terang.

Who is the Riddler? The Batman villain's comic book history explained |  GamesRadar+
Rupa ikonik Riddler telah diubah dalam filem The Batman untuk lebih kena dengan tema ceritanya.

Sebagai seorang peminat watak Batman, penulis amat tidak sabar untuk melihat bagaimana Mat Reeves bakal menginterpretasikan hero ikonik ini. Lagi-lagi apabila ia turut dikatakan bakal menunjukkan skill Batman sebagai ‘detektif terhebat dunia’, membuatkan penulis makin teruja untuk melihatnya.

Kalau benar apa yang dikatakan Mat Reeves dan Robert Pattinson, penulis percaya The Batman bakal menjadi filem Batman kegemaran ramai selepas ini terutama untuk golongan muda yang baru pertama kali ingin melihat filem Batman.

Batman versi Robert Pattinson ini mungkin menjadi ‘Batman mereka’.

Apa pendapat anda tentang The Batman ini? Adakah anda juga tidak sabar untuk melihatnya di panggung?

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca