#LejenFlix: Mampu Kawal Mimpi Sendiri, Ini Fenomena ‘Lucid Dream’

Pernahkah berada dalam situasi yang anda sedar bahawa diri sendiri sedang bermimpi? Fenomena yang anda alami itu adalah lucid dreaming.

Sekiranya kerap mengalami mimpi ngeri sehingga kualiti tidur sendiri terjejas, maka lucid dreaming ini mampu membantu anda mengawal naratif mimpi tersebut.

Penulis akan kongsikan apa yang berlaku semasa individu itu mengalami lucid dreaming menerusi artikel ini:

Kajian saintifik

man standing at middle of road

Seorang penyelidik bernama Celia Green telah membuat analisis mengenai perkara ini pada tahun 1968 dan mendapati lucid dream berlainan daripada mimpi biasa.

Hal ini demikian kerana ia sebenarnya berkait rapat dengan peringkat tidur rapid eye movement (REM). Untuk pengetahuan anda, manusia mempunyai empat peringkat tidur.

Denyutan jantung, pernafasan dan pergerakan bola mata akan menjadi lebih cepat dalam peringkat tidur REM kerana anda sedang bermimpi dalam fasa ini.

Dalam pada itu, kesimpulan seorang pengkaji bernama Keith Hearne mengenai perkara ini turut mencuri perhatian seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat iaitu Stephen LaBerge.

LaBerge turut mengesahkan bahawa individu yang mengalami lucid dream ini boleh memberi isyarat dengan menggunakan pergerakan mata ketika tidur.

Kesan kepada kesihatan

Ramai orang membuat andaian bahawa lucid dream ini mempunyai pelbagai kesan sampingan seperti kelumpuhan tidur, sukar untuk membezakan antara realiti dan mimpi serta mengalami mimpi ngeri yang lebih teruk.

Berbeza dengan tanggapan orang ramai, ia sebenarnya sangat selamat. Walaupun anda rasa seperti diri sedang ditindih ketika tidur, sleep paralysis ini pula merupakan satu perkara biasa apabila individu itu memasuki peringkat tidur REM.

Untuk pengetahuan anda, ahli terapi juga pernah menggunakan kaedah ini ke atas pesakit untuk mengatasi trauma dan mengenali potensi diri.

Pada pandangan penulis, lucid dream ini merupakan satu perkara yang seronok kerana individu itu boleh mengawal jalan cerita mimpi itu sendiri.

Sekiranya mimpi boleh diibaratkan seperti menonton drama ataupun filem, anda boleh menganggap lucid dream ini sebagai bermain permainan video.

Anda mungkin familiar dengan fenomena lucid dream sekiranya pernah menonton filem Inception yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebelum ini.

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Lejen Flix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca