#LejenFlix: Lima Filem Patriotik Rakyat Malaysia Wajib Tonton Sempena Hari Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menyusul tidak lama lagi, kita seharusnya menonton filem-filem patriotik agar dapat menaikkan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia.

Filem patriotik tidaklah berkisarkan peperangan semata-mata, malah semangat juang yang tinggi turut menjadi tema sesebuah filem patriotik.

Ini adalah lima filem patriotik adaptasi daripada kisah sebenar para pahlawan negara kita yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia.

1. Leftenan Adnan

Filem arahan sutradara Aziz M Osman ini menampilkan kisah benar tentang Leftenan Adnan Saidi dan telah diterbitkan pada tahun 2000.

Filem ini menunjukkan kisah Leftenan Adnan daripada Rejimen Askar Melayu yang mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Filem ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti iaitu Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Rusdi Ramli, Faizal Hussein dan ramai lagi.

2. Paloh

Filem arahan Adman Salleh yang ditayangkan pada tahun 2003 ini menggarap kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor.

Ianya menceritakan kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara Parti Komunis Malaya dan pihak tentera Jepun.

Paloh dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Janet Khoo, Nam Ron, Elly Suriaty dan ramai lagi.

3. 1957: Hati Malaya

1957: Hati Malaya hasil arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini ditayangkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Filem ini berkisarkan mengenai golongan remaja tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957: Hati Malaya.

Ia turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

4. Tanda Putera

Filem Tanda Putera yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim ini juga merupakan arahan daripada pengarah prolifik Datin Paduka Suhaimi Baba.

Filem merupakan adaptasi daripada kisah benar yang memaparkan hubungan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

5. Ola Bola

Walaupun filem ini bukan mengenai peperangan, tetapi filem Ola Bola ini memberi mesej perpaduan antara kaum berbilang bangsa di Malaysia.

Ia menunjukkan semangat perpaduan kaum di Malaysia demi tanah air tercinta ketika pasukan bola sepak Malaysia bersaing untuk layak ke Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Nama-nama watak dalam filem Ola Bola tidak menggunakan nama sebenar pemain-pemain yang pernah mewakili pasukan bola sepak Malaysia di Olimpik Moscow.

Namun, setiap pemain yang dilakonkan sebagai watak-watak utama dalam filem ini menggambarkan para pemain lagenda Malaysia iaitu Soh Chin Aun, Hassan Sani, R. Arumugam serta pengulas sukan tersohor di Malaysia, Rahim Razali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca