#LejenFlix: Lima Drama Bersiri Dan Filem Ala Ala Squid Game Yang Perlu Anda Tonton

Baru-baru ini, drama Korea bersiri Squid Game telah mendapat perhatian ramai dan menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Mengambil inspirasi daripada komik, pengarah daripada Korea Selatan, Dong-hyuk Hwang telah berjaya menghasilkan Squid Game.

Squid Game merupakan drama bersiri yang berunsurkan survival game. Ia berkisahkan 465 orang peserta yang harus bermain permainan kanak-kanak.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah plot twist yang ada dalam drama bersini ini. Pemenang akan diberikan wang tunai sebanyak 45.6 billion Won (sekitar RM161,700,351.05).

Drama ini turut memaparkan kisah hidup watak-watak yang berdepan dengan masalah hidup sehingga mereka sanggup menyertai permainan yang mampu menggadai nyawa mereka sendiri.

Jika anda adalah salah satu peminat Squid Game dan mahu menonton rancangan yang sama seperti drama tersebut, ini ada lima drama bersiri dan filem yang mempunyai premis dan genre yang sama dengan Squid Game yang boleh anda tonton.

1. Alice in Borderland (2021)

Alice in Borderland merupakan sebuah drama bersiri Jepun terbitan Netflix yang turut diadaptasi daripada manga bersiri karya Haro Aso.

Pada suatu hari, watak protagonis, Ryōhei Arisu dan dua orang kawannya mendapati Tokyo telah menjadi kosong.

Mereka kemudiannya harus melalui pelbagai jenis permainan di mana jenis dan tahap kesukarannya ditentukan melalui permainan kad.

Setelah kehilangan rakan-rakannya, Ryōhei memilih untuk bergabung tenaga bersama seorang wanita yang ditemuinya, Yuzuha Usagi, yang mempunyai pengalaman dalam mendaki gunung.

Dalam kedua-dua drama Squid Game dan Alice in Borderland, pencipta game tersebut kekal menjadi misteri.

2. 3% (2016-2020)

Dihasilkan oleh Pedro Aguilera, drama bersiri Netflix daripada Brazil ini berlatarkan dunia distopia di mana orang ramai dibesarkan dalam “Inland” yang serba miskin.

Apabila mereka mencapai umur 20 tahun, mereka harus bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan peluang ke kawasan bandar untuk meneruskan kehidupan.

Hanya 3% peserta yang berjaya dalam pertandingan ini dan selebihnya akan berdepan dengan maut.

Persamaan antara kedua-dua drama bersiri ini ialah Squid Game dan 3% menunjukkan bahawa orang-orang yang hidup dalam korupsi, ketamakan dan hak keistimewaan mampu membuat perkara-perkara yang kejam.

3. Liar Game (2014)

Diambil daripada manga bersiri Jepun hasil karya Shinobu Kaitani, Liar Game juga merupakan drama bersiri korea yang mengisahkan seorang wanita bernama Nan Do Chon (yang turut dikenali Nam Da Jung).

Wanita itu telah terlibat dalam sebuah rancangan realiti di mana para peserta harus bersaing dalam sebuah survival game berunsurkan psikologikal untuk memenangi 10 billion Won (sekitar RM35,474,718.13).

Demi mendapat keuntungan, Nan Do Chon mendapatkan pertolongan Cha Woo Jin, seorang penipu handal yang boleh mengenal pasti jika seseorang itu sedang berbohong.

Squid Game dan Liar Game menggunakan tema yang sama. Watak-watak dalam kedua-dua drama ini harus bertanding dalam survival game untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai.

4. Battle Royale (2000)

Battle Royale merupakan sebuah novel klasik Jepun pada tahun 1999 yang kemudiannya telah diadaptasikan menjadi sebuah filem action thriller.

Filem ini menceritakan 42 orang pelajar sekolah menengah yang telah ditempatkan di sebuah pulau terbiar berserta misi yang mengerikan.

Mereka telah dipaksa untuk lawan antara satu sama lain sehingga mati. Mereka juga telah dipakaikan sebuah kolar yang boleh meletup untuk membunuh mereka.

5. As the Gods Will (2014)

Sebuah filem yang mengandungi unsur gore, seram dan supernatural sememangnya sudah menjadi kepakaran filem Jepun.

As the Gods Will merupakan sebuah filem yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang dipaksa untuk permainan klasik Jepun dengan melibatkan nyawa mereka.

Di dalam sebuah episod Squid Game, para peserta dikehendaki bermain sebuah permainan bernama Red Light, Green Light.

Begitu juga dalam filem ini, para pelajar perlu menekan sebuah butang yang terletak di bahagian belakang sebuah patung berhantu bernama Daruma.

Apabila patung tersebut memalingkan muka dan mendapati ada daripada mereka yang bergerak, mereka akan dibunuh dengan kejam.

Sepanjang hari itu, setiap pelajar yang berlainan telah dipaksa untuk menyertai permainan tradisional yang berbeza-beza untuk menapis para peserta yang lemah dan kuat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca