#LejenFlix: Komedi Dan Beremosi, Filem Korea ‘Sinkhole’ Raih 1 Juta Penonton

lejenflix-komedi-dan-beremosi-filem-korea-sinkhole-raih-1-juta-penonton
lejenflix-komedi-dan-beremosi-filem-korea-sinkhole-raih-1-juta-penonton
Sumber: Soompi

Filem Sinkhole nyata kini sedang mengganas di pawagam Korea. Filem berkisar bencana alam ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, Kim Hye-jun, Kim Sung-gyun dan Nam Da-reun berjaya menarik perhatian ramai.

Menemui penonton pada 11 Ogos 2021 lalu, namun telah merekodkan jumlah penonton seramai 147,304 orang hari pertama serta berjaya melepasi garisan 1 juta tontonan pada hari ke-6 ia diriliskan.

Dikhabarkan, ia dapat mengalahkan filem “Escape To Mogadishu” yang mendahului No 1 carta box-office selama 2 minggu berturut-turut. Memetik laporan portal Variety.

Cukup menarik juga, bertemakan bencana alam ini telah mencipta rekod baharu sekaligus menjadikannya filem terpantas meraih 1 juta jumlah penonton bagi tahun 2021 selepas diumumkan sebagai filem paling banyak jumlah tontonan pada hari ia diriliskan.

Kuasa ‘mulut’ turut menjadi faktor filem ini berjaya menarik jumlah tontonan yang ramai dan pujian daripada penonton dengan mengatakan ianya sesuai dengan situasi dialami dunia pada masa kini. Bukan itu sahaja, gabungan emosi dan komedi yang dipaparkan mampu menghilangkan tekanan ramai.

Barisan para pelakon Sinkhole ini telah memuat naik gambar dengan ucapan terima kasih buat semua penonton yang menyokong mereka bagi menyambut rekod yang hebat di dalam industri perfileman.

Lebih membanggakan apabila Sinkhole telah menjadi filem Korea dengan pembukaan yang terbaik secara tidak langsung.

Untuk pengetahuan, Sinkhole mengisahkan sebuah bangunan yang berdiri selama 11 tahun lamanya roboh ke dalam lubang sedalam 500 meter dan bagaimana penduduknya cuba meloloskan diri daripada bencana itu.

Cukup menarik juga, apabila gabungan emosi dan komedi yang menghiburkan malah kebanyakan penonton memberikan pujian serta respon positif bagi filem ini.

Selain plotnya mendapat pujian, efek grafik yang diterapkan kelihatan seperti ‘nyata’ sehingga ramai yang merasakan seperti mereka turut berada di dalam situasi genting itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca