LejenFlix: Kisah Viral Jadi Siri Web, Layangan Putus Kongsi Isu Selingkuh

LejenFlix: Kisah Viral Jadi Siri Web, Layangan Putus Kongsi Isu Selingkuh

Baru-baru ini orang ramai teruja dengan siri baharu yang disiarkan di WeTV. Siri bertajuk Layangan Putus segera menarik perhatian sebaik sahaja disiarkan secara rasmi pada 26 November lalu.

Memetik laporan Detik hot, Layangan Putus ialah sebuah drama web bersiri Indonesia terbitan MD Entertainment, arahan Benni Setiawan.

Siri web ini sememangnya berdasarkan kisah viral yang bermula dengan hantaran di media sosial, kemudiannya diteruskan menjadi novel berjudul Layangan Putus, yang ditulis oleh orang yang sama dengan nama pena Mommy ASF.

Filem berkisarkan kisah rumah tangga yang bergolak ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Reza Rahadian, Putri Marino dan Anya Geraldine berjaya menarik perhatian ramai.

LejenFlix: Kisah Viral Jadi Siri Web, Layangan Putus Kongsi Isu Selingkuh
Sumber: POP MAMA

Layangan Putus membangkitkan isu perselingkuhan pasangan suami isteri, iaitu Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino).

Perkahwinan suami isteri ini pada mulanya berjalan dengan harmoni dan bahagia. Malah, kedua-dua mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raya dan Kinan sedang mengandung anak kedua.

Namun, sikap Aris perlahan-lahan mulla berubah. Bukan sahaja sibuk pelbagai urusan luar, Aris juga mula jarang memberi khabar kepada Kinan selain bercerita tentang kehidupan sehariannya di pejabat. Ketika itulah, Kinan mula mengesyaki gerak-geri Aris.

Sangkaan bertambah kuat kerana pembantu rumah mereka telah menemui sebentuk subang pada poket kemeja Aris. Kinan turut terhidu bau wangian asing dalam kot yang dipakai oleh suaminya.

Penemuan ini menjadikan syak wasangka Kinan semakin membesar. Dia merasakan rumah tangganya bagaikan layang-layang yang rosak tiada hala tuju.

Sumber: Okezone.com News

Lydia (Anya Geraldine), pakar psikologi kanak-kanak yang mengendalikan Raya (Graciella Abigail), dapat menghidu masalah rumah tangga Aris dan Kinan.

Menariknya, Lydia juga mula mencari fakta lain yang tidak dijangka tentang masalah rumah tangga anak guamnya.

Layangan Putus akan mengajak penonton untuk mengikuti liku-liku perjalanan hidup seorang isteri bernama Kinan dalam menangani konflik rumah tangganya dan isu perselingkuhan suaminya, Aris dengan orang ketiga.

Siri web Indonesia, Layangan Putus disiarkan melalui aplikasi penstirman WeTV. Terdiri daripada 10 episod dan dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Setiap episod baharu siri web ini disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu jam 6 petang waktu Indonesia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca