Filem Changeling yang ditayangkan pada tahun 2008 ini berkisarkan tentang perjuangan seorang ibu untuk mencari anaknya walaupun terpaksa menempuhi pelbagai rintangan. Di satu sudut lain, filem ini turut memaparkan mengenai penindasan terhadap kaum wanita dan institusi polis yang korup dan salah guna kuasa sekitar tahun 1920-an.

Filem arahan J. Michael Straczynski ini merupakan sebuah filem bergenre drama dan misteri yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutamanya ibu bapa. Ini kerana, filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi kepada seorang ibu tunggal iaitu Christine Collins (lakonan Angelina Jolie) yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi. Pada suatu hari apabila Christine pulang ke rumah, dia mendapati anak lelakinya Water Collins tiada di rumah dan tidak pulang dari sekolah seperti hari-hari biasa. Beberapa bulan kemudian, Christine menerima berita bahawa anaknya yang telah hilang kini telah dijumpai. Walau bagaimanapun setelah berjumpa dengan anaknya, Christine dikejutkan dengan kebenaran yang menyakitkan.

Pada pendapat penulis, filem ini mengingatkan kembali mengenai kisah penculikan yang berlaku terhadap adik Sharlinie Mohd Nasar yang sehingga kini masih tidak dijumpai. Walaupun sudah hampir 12 tahun kes ini berlaku, penulis pasti ahli keluarga adik Sharlinie masih mengharapkan kepulangan anak mereka.

Mengulas lanjut mengenai jalan cerita filem ini, ia merupakan sebuah filem yang straight forward. Walau bagaimanapun, setiap babak pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk kerana terlalu marah dengan apa yang anda bakal tonton. Ingin tahu apa yang penulis maksudkan? Anda perlu tonton filem ini untuk mengetahui jawapannya.
Watak ibu tunggal yang dilakonkan oleh Angelina Jolie tidak perlu dipertikaikan lagi. Untuk pengetahuan, melalui watak Christine Collins yang digalasnya, beliau telah mendapat banyak penganugerahan dan salah satunya ialah pencalonan Oscar pada tahun 2009 dalam kategori Best Performance by an Actress in a Leading Role.
Selain itu, filem Changeling ini juga turut memenangi beberapa anugerah lain dan salah satunya ialah pencalonan Oscar pada tahun 2009 dalam kategori arahan seni dan sinematografi.
Sementara itu, tinjaun penulis di laman Twitter mendapati rata-rata daripada warganet memberikan respon dan ulasan yang sangat positif mengenai filem ini.
CHANGELING (2008) #rekomenfilem
— abang wi (@adlishazwi) August 22, 2018
"Never start a fight, but always finish it."
Berdasarkan kisah benar yg berlaku pd 1928 di California, Christine Collins satu hari kehilangan anaknya, Walter. Setelah 5 bln, polis dakwa yg Walter dijumpai. Bila bertemu dgnnya di stesen kereta api pic.twitter.com/Gr6M9yyBkI
Changeling (2008)
— Daud Khamis (@daud_khamis) March 25, 2018
Kalau nak tgk Angelina Jolie at her best, this is the movie. Set in 1920s, when women were voiceless, Christine Collins (Jolie) struggled to convinced the authorities that her son was kidnapped. based on a true story. easily 5/5 stars.#RekomenFilem #DKomen pic.twitter.com/VwwRyKkdJV
💔CHANGELING💔
— RekomenMovie (@rekomenfilem) July 20, 2017
When a mother was forced by the govt to accept a random boy as her lost son.A movie bout her fights for justice! #RekomenFilem pic.twitter.com/ifO8fCrQVZ
Kalau korang suka tengok cerita macam Hope(2013), korang kena cuba tgok Filem Changeling, Missing, Silenced… #RekomenFilem
— Dian (@_nnary1011) February 2, 2017
Changeling is a very powerful movie. Especially seeing the disservice that the police force has done towards Christine Collins & how this brave mother tried to fight tooth & nail to find her son, to get Justice, it's just so heartbreaking & honest.#AngelinaJolie #Changeling
— ❤Angel❤ (@judyju18) September 20, 2020
#Rekomenfilem Changeling(2008) Based on true story,mak yg kehilangan anak. Cops buat mcm2 utk ttup mulut dia incl masukkan dia ke hosp gila! pic.twitter.com/VzQdn38Zrh
— Dian (@_nnary1011) January 6, 2017
#Changeling ~ Definitely a worth watch for #AngelinaJolie performance 👌
— SID (@siddhu_viva) September 20, 2020
Director – #ClintEastwood
OTT – @netflix#CineMinds pic.twitter.com/JDUEshC4bZ
Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Netflix.
Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: