Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei ini, telah membuatkan ramai daripada kita yang sudah lelah berada di rumah. Orang ramai juga sudah mula tidak tentu arah dan bosan kerana tidak mempunyai aktiviti yang menarik untuk dilakukan di rumah.
Dahulu, filem What Happened To Monday pernah tular di media sosial Twitter sekitar tahun 2017 hingga 2018 ketika ianya mula ditayangkan di Netflix. Namun, filem ini sekali lagi tular di media sosial ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Pasti ada sebabnya yang tersendiri kenapa filem ini tular sekali lagi. Jadi, apa kata anda cuba tonton filem ini dan nilai sendiri.

What Happened To Monday merupakan sebuah filem sains fiksyen dan thriller yang mengisahkan tentang dunia pada tahun 2043 yang mengalami masalah penduduk yang berlebihan (overpopulation). Bagi mengatasi masalah ini, setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.
Filem arahan Tommy Wirkola ini menampilkan teknologi zaman moden yang canggih dan futuristik. Filem ini juga terkenal dengan nama 7 Sisters di beberapa buah negara lain seperti Kanda, Spain, Italy dan banyak lagi.
What Happened To Monday telah mengangkat isu peningkatan populasi penduduk. Apabila dunia semakin kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim dan peningkatan populasi penduduk, kerajaan harus mencari jalan penyelesaiannya iaitu dengan menubuhkan sebuah polisi yang mana satu keluarga hanya dibenarkan memiliki seorang anak.
Keunikan dan kelainan filem ini boleh dilihat melalui lakonan pelakon utamanya iaitu Noomi Rapace. Beliau telah melakonkan tujuh watak dan karakter yang berbeza-beza dengan hebatnya. Bermula daripada watak Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, dan Sunday. Ketujuh-tujuh adik beradik kembar ini telah kehilangan ibu bapa dan mereka dilahirkan di sebuah negara yang mengamalkan Child Allocation Act iaitu hanya membenarkan satu anak untuk sebuah keluarga. Jika terdapat lebih dari satu anak dalam sebuah keluarga, anak tersebut akan dibawa ke Child Allocation Buero untuk ditidurkan sehingga masalah kekurangan bekalan makanan dan populasi dapat diselesaikan.

Masalah mula berlaku apabila Terrence Settman iaitu datuk mereka mengambil keputusan untuk menjaga kesemua tujuh orang kembar itu sehingga dewasa. Ianya merupakan satu kesalahan dan mereka boleh ditahan jika diketahui pihak berkuasa. Oleh itu, setiap daripada mereka diberi nama-nama hari dalam seminggu dan mengambil identiti utama iaitu Karen Settman. Ketujuh-tujuh kembar ini hanya dibenarkan melihat dunia luar selama seminggu sekali, mengikut nama hari masing-masing.
Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila pada suatu hari, Monday tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan. Adik beradiknya yang lain cuba menjejak keberadaan Monday dalam keadaan yang semakin rumit dan bahaya. Apakah yang telah berlaku kepada Monday? Adakah ketujuh-tujuh kembar ini dapat menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa? Anda perlu tonton sendiri filem ini untuk mengetahui jawapannya.
Pada pandangan penulis, jalan cerita filem ini adalah sangat menarik dan putaran plot yang ditampilkan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka. Penonton juga perlu bijak dan pantas memahami jalan cerita filem ini kerana sekiranya tidak, anda akan berasa keliru dan merasakan filem ini tidak menarik seperti yang diceritakan.
Sementara itu, tinjauan penulis di laman sosial Twitter mendapati bahawa ramai yang menyukai dengan jalan cerita filem ini yang dikatakan genius dan mempunyai beberapa babak yang tidak diduga. Pengakhiran filem ini juga membuatkan penonton berasa emosi dan tidak menyangka pengakhirannya sebegitu.
#RekomenFilem
— Susu Sakinah 🇲🇾 (@UyainaArshad) July 20, 2018
What Happened to Monday (2017)
Genre: Science Fiction Thriller
Rate: 8.9/10
A Netflix original movie. It takes place in a distant future where the world becomes overpopulated. Terlalu ramai sangat manusia. So the gov enforced One Family One Child Policy. pic.twitter.com/Cenvjp5f77
#RekomenFilem #Movies
— A c h r a f f K a t o (@achraff_kato) November 22, 2017
49. What Happened To Monday. I did not expect this movie to play out the way it did. The acting by Noomi Rapace is nothing but phenomenal. A mind-blowing movie that you must see if you like/ or you dont like sci-fi and action movies. 9/10 pic.twitter.com/ogk5ug7FE1
What Happened to Monday
— 𝔁𝔁 (@rinneraika) September 17, 2017
7 sisters, 1 identity. I rarely watch sci-fi, but the story hooked me with it's unexpected scenes. #RekomenFilem pic.twitter.com/WrHFJZbhTb
What Happened to Monday a.k.a seven sister
— MADAFADA (@acemanakafain) September 2, 2017
8.0
18+
Bapok best
Jalan cerita padu
Tajuk cerita main peranan#RekomenFilem
Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Lejen Flix, anda boleh klik pada pautan di bawah: