Kehangatan filem Ejen Ali: The Movie masih terasa walaupun ia telah ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Buat anda yang tidak pernah menonton filem Ejen Ali: The Movie, pastinya perkhabaran yang akan kami sampaikan ini akan buat anda tersenyum.
Untuk pengetahuan, anda boleh mula menonton filem animasi epik ini di Netflix. Difahamkan, filem Ejen Ali: The Movie ini telah ditayangkan secara rasmi di Netflix sejak minggu lepas.
Filem Ejen Ali telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.86 juta ketika tayangan pembukaan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Bukan itu sahaja, filem ini turut mendapat sambutan dan komen positif dalam kalangan peminat filem tempatan.
Bagi anda yang tidak tahu, Ejen Ali mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menjadi perisik sebuah agensi perisikan.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS- Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang tahu akan kisah silamnya dan dari situ bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali bagi membongkar kebenaran.
EJEN ALI THE MOVIE IS COMING TO NETFLIX THIS 1ST NOVEMBER!!!!!!
— #zhafvlog (@zhafvlog) October 17, 2020
Set your reminder guys!!!@netflixmy @thewaufactor @ejen_ali @usamahzaid pic.twitter.com/Vpi5CyNLLS
Ejen Ali The Movie is now on Netflix! pic.twitter.com/NdLv1hIvkd
— Ahmad Faiz (@faiztobeng) October 31, 2020
Weh..aku baru tengok ejen ali the movie..ye tau lambat sebab baru keluar kt netflix..aku nangis do wth..sedih gila do..aku dah la susah nangis tengok cerita
— Ayie (@AmEeriHsaN) November 1, 2020
Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Netflix.
Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: