Bintang Hollywood Lady Gaga secara rasmi akan berlakon dalam sekuel filem Joker yang terbaharu bertajuk Joker: Folie à Deux.
Joker: Folie à Deux
— Lady Gaga (@ladygaga) August 4, 2022
10.04.24 pic.twitter.com/obp7T9lBFL
Menerusi hantaran Twitter, Lady Gaga memuat naik video pendek Joker 2 yang menunjukkan bayangan dirinya sedang menari bersama pelakon utama Joker iaitu Joaquin Phoenix.

Walaupun Lady Gaga tidak mendedahkan watak yang akan dimainkannya tetapi banyak laporan yang menyatakan bintang terkenal itu akan membawa watak Harley Quinn dalam filem sekuel tersebut.
Terdahulu filem Joker yang pertama, watak Harley Quinn dibawa oleh Margot Robbie.
Namun dikatakan Joker: Folie à Deux akan dibuat secara muzikal.

Lady Gaga yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian membuatkannya sangat sesuai untuk filem kedua ini.

Joker: Folie à Deux bakal ditayang pada bulan Oktober 2024 dengan pengarah yang sama menjayakan filem pertama Joker pada tahun 2019 iaitu Todd Phillips.

Selain daripada itu, Joaquin Phoenix juga akan memainkan semula watak Arthur Fleck atau lebih dikenali sebagai watak Joker.
Folie à Deux diterjemahkan kepada kegilaan yang dikongsi oleh dua orang dalam pergaulan rapat akan berlatarkan set Arkham Asylum.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: