Search
Close this search box.

#LejenFlix: Jika Rakyat Masih Berdegil Tidak Mahu Kawal Pergerakan, Adakah Ini Masa Hadapan Malaysia?

Penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan di seluruh dunia telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Mengikut statistik, negara Itali telah mencatatkan angka korban tertinggi akibat wabak berkenaan dan negara-negara lain dilihat akan turut mengikuti jumlah itu tidak lama lagi sekiranya jumlah pesakit COVID-19 tidak berjaya dibendung.

Berdasarkan pemerhatian penulis, China dan Itali adalah antara negara yang mengeluarkan perintah berkurung ataupun lebih dikenali dengan istilah lockdown terhadap rakyatnya sebagai inisiatif untuk menghentikan penularan wabak tersebut.

Namun, apa yang penulis mahu kongsikan dalam artikel ini adalah masa hadapan Malaysia sekiranya kita masih tidak memandang serius arahan kerajaan untuk #StayatHome.

Wuhan adalah satu bandar yang dahulunya sibuk dengan hiruk pikuk manusia tetapi menjadi senyap sepi selepas COVID-19 tular di wilayah Hubei, China.

Selain daripada Itali, China turut mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi sebelum ini dan video di atas memaparkan kehidupan seharian penduduk Wuhan dalam tempoh berkurung.

Sudah tentu, alasan yang bakal segelintir daripada anda beri adalah, “Kerajaan China keluarkan perintah berkurung. Mana boleh mereka keluar daripada rumah!”

Sekiranya kita lihat daripada perspektif yang berbeza, rakyat Malaysia hanya perlu patuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah sahaja. Dalam erti kata lain, kita membantu Malaysia dengan tidak perlu melakukan apa-apa.

Namun, apa pula yang bakal berlaku sekiranya rakyat Malaysia masih keras kepala dan pentingkan diri sendiri? Kita tidak boleh keluar rumah dan membeli makanan. Operasi pengangkutan awam terpaksa dihentikan sepenuhnya. Secara ringkasnya, kita akan menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti seharian kita.

Akhir kata, patuhi arahan kerajaan sepanjang masa supaya tidak ada individu yang perlu hidup dalam ketakutan pada masa hadapan.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca