#LejenFlix: Jalan Cerita ‘Cliche’, Filem The Invitation Raih Tontonan Tinggi Di Netflix

Netflix keluarkan filem, The Invitation (2022) yang telah menarik perhatian ramai orang tetapi jalan ceritanya tidak seperti yang diharapkan.

Filem The Invitation ini telah ditayangkan pada bulan Ogos tahun lepas tetapi pada ketika itu, filem tersebut tidak menerima tontonan yang banyak.

Menurut ringkasan Netflix, filem ini mengisahkan seorang perempuan bernama Evie (Nathalie Emmanuel) yang telah dijemput ke satu majlis perkahwinan oleh sepupunya yang baru sahaja dia kenal.

Ketika berada di sana, Evie telah didedahkan dengan rahsia keluarga yang amat sulit sehingga memberi ancaman untuk mengubah kehidupannya.

Trailer‘ filem ini telah memberi aura seperti filem Ready or Not yang mengisahkan seorang perempuan yang terperangkap dengan keluarga suami barunya yang taksub dengan permainan keluarga sehingga boleh menyebabkan kematian.

Ready or Not merupakan filem seram dan amat ‘thrilling’ untuk ditonton dengan penggambaran dan jalan cerita yang sangat baik.

The Invitation pula telah memberi gambaran seram yang menarik sehingga memberi harapan yang tinggi pada penonton.

Jalan ceritanya tidak mempunyai konflik yang misteri dan pengakhirannya tidak memberi impak yang menarik.

Bermula dengan Evie mahu berkenalan dengan keluarga barunya di England. Kemudian, jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya, Walter (Thomas Doherty) di sana tetapi rupa-rupanya keluarga barunya itu telah membuat perjanjian dengan lelaki tersebut demi harta.

Perjanjian itu melibatkan Evie perlu berkahwin dengan Walter yang sebenarnya adalah drakula yang sudah mengahwini dua wanita yang bukan lagi manusia kerana terlibat dengan perjanjian yang sama.

Filem ini tidak berjaya untuk memberi suspen pada penonton terutama kepada yang minat dan sudah biasa tonton genre ini.

Walau bagaimanapun, filem ini berjaya mendapat ranking yang tinggi di Netflix kerana filem ini mudah untuk ditonton dan sesuai untuk anda yang mahu melihat filem yang ringan tetapi mahukan sedikit kelainan.

Untuk membaca artikel #LejenFlix, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca