#LejenFlix: Isabelle Fuhram Kembali Memegang Watak Esther, Orphan: First Kill Sudah Berada Di Pawagam

Sebuah filem seram psikologi Amerika, Orphan kembali semula setelah 13 tahun dengan filem prequel yang berjudul Orphan: First Kill.

Diarahkan oleh William Brent Bell, Filem berdurasi 99 minit ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Leena, atau lebih dikenali sebagai Esther yang melarikan diri dari hospital sakit jiwa.

Bagi peminat genre thriller, anda pastinya tidak asing lagi dengan filem Orphan ini. Filem Orphan yang diterbitkan pada 2009 telah mengundang banyak tanda tanya bagaimana kehidupan Esther akan diteruskan.

Dalam filem Orphan: First Kill ini pula masih mengisahkan kehidupan Leena Klammer yang kembali beraksi menyamar sebagai anak kecil.

Tetapi sebenarnya dia seorang pembunuh Estonia berusia 31 tahun dengan gangguan hormon menyebabkan dirinya kelihatan seperti kanak-kanak.

Selepas melarikan diri dari pusat psikiatri dalam minit pembukaan filem ngeri ini, dia pergi ke Amerika dan berpura-pura menjadi Esther yang telah menghilang sejak empat tahun lalu.

Dia mendekati ‘keluarga’ lamanya namun tingkah laku peliknya itu menimbulkan banyak keraguan termasuk detektif yang menyiasat kehilangannya.

Aktres wanita, Isabelle Fuhram masih lagi membintangi filem ini sebagai watak utama. Fuhrman turut berkhidmat sebagai penolong penerbit.

Dia juga memberitahu pihak media bahawa dia memilih untuk mengulangi peranannya di bawah samaran Leena yang berusia sembilan tahun tanpa sebarang bantuan CGI.

Manakala Julia Stiles memainkan watak ibu, dan filem itu turut dibintangi oleh Rossif Sutherland, Matthew Finlan, dan Hiro Kanagawa.

Bersama James Tomlinson, Alex Mace, Hal Sadoff, dan Ethan Erwin sebagai penerbit untuk filem tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca