#LejenFlix: Inspirasi Daripada Kisah Benar, Ini Review Filem ‘Bad Genius’

Wang ialah raja. Siapa antara anda yang pernah menonton Bad Genius iaitu filem yang meraih kutipan pecah panggung dan sekali gus mencetus fenomena antarabangsa pada tahun 2017?

Ia berkisar tentang seorang pelajar sekolah elit bernama Lynn (Chutimon Chuengcharoensukying) yang menggunakan kecerdikannya untuk mendapatkan wang tunai.

Lynn akan ‘membantu’ para pelanggannya ketika menduduki peperiksaan dengan menyediakan jawapan kepada mereka.

Klimaks filem ini adalah apabila Lynn menerima satu tugasan baharu yang menjanjikan pulangan lumayan. Lynn bagaimanapun tidak boleh melakukannya secara bersendirian.

Oleh itu, dia meminta bantuan Bank (Chanon Santinatornkul) untuk menduduki ujian STIC di Sydney, Australia bersama dirinya sebelum menghantar semula jawapan kepada rakan-rakannya iaitu Grace dan Pat di Thailand. Grace dan Pat akan mengedarkan jawapan tersebut kepada para pelanggan.

STIC ialah sebuah ujian yang dijalankan pada hari yang sama di seluruh dunia dan ia merupakan ujian kelayakan kemasukan ke universiti antarabangsa.

Ia mengambil inspirasi daripada berita-berita sebenar yang memaparkan para pelajar menipu dalam ujian SAT untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa.

Jalan cerita filem ini pula memaparkan tema perbezaan kelas dan darjat antara watak-watak utama. Selain daripada Lynn, watak-watak utama Bad Genius ialah Bank, Grace dan Pat.

Lynn dan Bank terdorong untuk terus melakukan kerja tersebut kerana mahu membantu keluarga mereka untuk tidak lagi hidup susah. Grace dan Pat serta para pelanggan lain mewakili golongan atasan yang sanggup menghabiskan wang tunai mereka untuk mendapatkan bantuan Lynn.

Filem arahan Nattawut Poonpiriya ini merupakan sebuah karya yang membuatkan para penonton tidak senang duduk sehingga ke saat-saat terakhir. Bagi penulis, filem ini sangat relatable kerana kita sendiri pernah menjadi seorang pelajar. Oleh itu, ia bukanlah satu isu yang asing kepada diri sendiri.

Image

Selain itu, visual dan sinematografi yang dipaparkan dalam filem ini sangat cantik dan memuaskan. Babak soal siasat antara pihak polis dan Lynn, Bank, Grace serta Pat benar-benar membuat penulis tertanya tentang pengakhirannya sepanjang menonton filem berkenaan.

Sementara itu, tinjauan penulis mendapati rata-rata warganet amat berpuas hati dengan filem ini:

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca