#LejenFlix: Ini Senarai Filem Yang Anda Boleh Tonton Di Pawagam Mac Ini

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan tayangan filem di pawagam bermula semalam.

Pasti ada di antara anda ingin menonton wayang setelah sekian lama tidak pergi ke pawagam. Anda pasti tertanya-tanya filem apakah yang baru ditayangkan untuk ditonton di panggung wayang.

Berikut penulis kongsikan senarai filem yang anda boleh tonton bulan ini:

1.Disney’s Raya and The Last Dragon

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan epik dan menakjubkan di dunia fantasi Kumandra di mana manusia dan naga tinggal bersama-sama dalam keadaan harmoni suatu ketika dahulu.

Namun apabila kuasa jahat mengancam negara tersebut, para naga telah terkorban bagi menyelamatkan kemanusiaan.

Kini selepas 500 tahun sudah berlalu, kuasa jahat itu kembali lagi dan hanya pahlawan tunggal bernama Raya adalah harapan menghidupkan semula keadaan harmoni Kumandra.

Genre: Fantasi, Pengembaraan

Bahasa: Bahasa Inggeris

Tarikh keluaran: 5 Mac 2021

2. Master

Master mengisahkan tentang Vijay seorang profesor kolej yang kerap bermabuk bersama-sama pelajarnya. Namun, keseronokan dirasai tidak berkekalan apabila Vijay dan tabiat minumnya dipersalahkan atas konflik di antara pelajar.

Vijay diberhentikan kerja dan mula bekerja sebagai warden di sebuah hostel anak yatim yang bermasalah.

Beliau mengambil keputusan untuk mencari punca masalah ketagihan dan penyeludupan dadah dalam kalangan kanak-kanak terbabit dan didapati terdapat dalang di sebalik perkara itu.

Dari situ, Vijay cuba menyelamatkan anak-anak yatim tersebut dari terus hanyut.

Genre: Aksi, Thriller

Bahasa: Tamil

Tarikh keluaran: 5 Mac 2021

3. Stand By Me Doraemon 2

Berikutan pengembaraannya terdahulu, Nobita sudah dapat mengubah masa depannya ke arah yang lebih baik dengan melamar Shizuka sebagai isterinya.

Namun diselubungi dengan rasa risau dan tidak yakin atas kemampuannya membahagiakan Shizuka, Nobita mengambil keputusan untuk pergi ke masa lampau dan berjumpa dengan nenek kesayangannya yang sudah meninggal dunia sejak beliau di tadika lagi.

Dapatkah Nobita kembali ke masa hadapan dan berkahwin dengan Shizuka?

Genre: Animasi

Bahasa: Jepun

Tarikh keluaran: 5 Mac 2021

4. The Con-Heartist

Ina mendapati dirinya dikelilingi hutang selepas bekas teman lelakinya menghilangkan diri.

Beliau melihat terdapat peluang membalas dendam terhadap bekas kekasihnya itu apabila menemui seorang con artist yang cuba memperdayakannya.

Ina mengupah con artist berkenaan bagi membantunya memporak-perandakan kehidupan bekas teman lelakinya itu.

Genre: Romantik komedi

Bahasa: Thai

Tarikh keluaran: 11 Mac 2021

5. Godzilla vs. Kong

Lagenda bertembung di Godzilla vs Kong ketika kedua-dua makhluk tersebut bertemu dalam pertempuran berabad lamanya, dengan nasib dunia yang tergantung.

Kong dan para pelindungnya mengembara bagi mencari rumah sebenar bersama-sama Jia, seorang gadis yatim piatu yang sudah menjadi akrab dengannya.

Namun, mereka mendapati diri mereka berhadapan dengan Godzilla yang menggerunkan, membuatkan keadaan seluruh dunia kacau bilau.

Genre: Sains fiksyen

Bahasa: Bahasa Inggeris

Tarikh keluaran: 25 Mac 2021

Jadi, filem yang manakah menjadi pilihan anda sempena pembukaan semula pawagam di seluruh Malaysia?

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca