#LejenFlix: Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Sweet Home’

Selepas lapan hari ditayangkan, drama bersiri Sweet Home masih lagi mencuri perhatian orang ramai apabila ia kekal di tangga teratas bagi rancangan televisyen terkenal dalam kalangan penonton Netflix Malaysia.

Dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Song Kang, Lee Si-young, Lee Do-hyun dan Lee Jin-wook, Sweet Home mengambil tempat di sebuah kompleks pangsapuri bernama Green Home.

Ia mengisahkan bagaimana Cha Hyun-soo (Song Kang) mahu menamatkan riwayatnya sendiri selepas kehilangan semua ahli keluarganya dalam sebuah kemalangan.

Sumber: Twitter @bogyeols

Selepas berpindah ke sebuah kompleks pangsapuri bernama Green Home, Hyun-soo menyaksikan pelbagai insiden aneh seperti manusia yang terkena gigitan akan tiba-tiba berubah menjadi raksasa. Walaupun begitu, tiada seorang pun tahu punca dan asal-usul wabak raksasa ini.

Satu perkara yang pasti, dunia dikejutkan dengan fenomena yang menyaksikan manusia berubah menjadi raksasa berdasarkan keinginan mereka yang lama tersembunyi.

Sumber: The Star

Pada pendapat kami, drama ini sesuai ditonton oleh peminat genre thriller dan penuh aksi seperti The Walking Dead. Anda sebagai penonton akan hooked dengan jalan cerita drama ini kerana ia memaparkan jelmaan pelbagai raksasa yang nampak realistik dan menakutkan.

Drama arahan Lee Eung-bok ini merupakan sebuah karya yang membuatkan para penonton tidak senang duduk sehingga ke saat-saat terakhir. Selain itu, visual dan sinematografi yang dipaparkan dalam drama ini sangat cantik dan memuaskan. 

Sumber: Twitter @linkchilde

Apa-apa pun, salah satu sebab kenapa anda sebagai penggemar siri komik berkenaan pasti akan jatuh cinta dengan drama ini kerana ia sungguh menarik dan realistik dari segi watak sampingannya.

Sumber: Buro

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet sudah jatuh cinta dengan drama ini:

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca