#LejenFlix: Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Habibie Dan Ainun

Filem karya Manoj dan Dhamoo Punjabi ini masih lagi mencuri perhatian ramai terutamanya apabila pelakon utamanya, Reza Rahardian menjadi kegilaan dalam kalangan warganet baru-baru ini.

Selain Reza Rahardian, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Bunga Citra Lestari, Tio Pakusadewa, Ratna Riantarno dan banyak lagi.

Mengisahkan tentang memoir Presiden Indonesia yang ketiga, B.J. Habibie, filem ini berkait rapat dengan kisah percintaannya terhadap Hasri Ainun Habibie iaitu isteri kepada presiden tersebut.

Pada pendapat penulis, filem ini sungguh menyayat hati dan memberikan nilai kehidupan yang mendalam dari segi kerjaya, keluarga dan juga pengorbanan.

Lakonan hebat oleh Reza Rahardian yang memainkan watak Rudy Habibie mampu memaparkan penonton bahawa pengorbanannya sebagai Presiden Indonesia dan pada masa yang sama sebagai suami dan bapa amatlah berat.

Selain itu, kegigihan Rudy Habibie membuktikan impiannya bagi menghasilkan kapal terbang untuk menyatukan seluruh rakyat Indonesia mampu membuatkan penonton rasa bersemangat untuk mengejar impian walau apa pun rintangan yang ada.

Kisah suka dan duka percintaan Rudy Habibie terhadap Ainun (Bunga Citra Lestari) diceritakan dari pertemuan antara dua sejoli itu pada zaman bangku sekolah hinggalah ke detik-detik akhir. Babak itu membuatkan hati penulis berbunga-bunga dan pada masa yang sama rasa sebak atas pengorbanan kedua-dua individu dalam suatu perhubungan.

Sumber: Render

Dalam pada itu, adakah anda turut teruja untuk menonton salah satu filem dibintangi Reza Rahardian yang menyayat hati ini?

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca