#LejenFlix: Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Start-Up’

Selepas 10 episod, drama bersiri Start-Up masih lagi mencuri perhatian orang ramai apabila ia kekal di tangga teratas bagi rancangan televisyen terkenal dalam kalangan penonton Netflix Malaysia.

Dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Nam Joo-hyuk, Bae Suzy, Kim Seon-ho dan Kang Han-na, drama ini mengambil tempat di Sandbox iaitu Lembah Silikon fiksyen versi Korea serta mengisahkan individu terlibat dalam dunia syarikat start-up.

Pada pendapat kami, drama ini sesuai ditonton oleh individu-individu yang baru mahu berjinak dalam industri startup dan techpreneur. Anda sebagai penonton juga akan lebih senang faham istilah-istilah yang digunakan seperti pemodal teroka (venture capitalist) kerana ia mempunyai kaitan dengan babak tersebut.

Dalam pada itu, pemodal teroka ialah sebuah syarikat atau individu yang membekalkan modal untuk pelaburan dalam perniagaan baharu berisiko tinggi.

Terdapat juga istilah-istilah lain yang digunakan seperti accelerator, key man, angel investor dan funding round. Anda tidak perlu bekerja dalam bidang tersebut untuk faham maksud istilah-istilah berkenaan.

Walaupun jalan cerita dan konsep drama ini menarik, second lead syndrome tidak terkecuali daripada Start-Up di mana ramai orang berharap Han Ji-pyeong (Kim Seon-ho) dan Seo Dal-mi (Bae Suzy) akan menjadi endgame dalam drama berkenaan walaupun ia mustahil.

Dal-mi (Suzy) dan Ji-pyeong (Seon-ho). Sumber: Instagram @skuukzky

Ini kerana watak utama dalam drama ini ialah Nam Dosan (Nam Joo-hyuk) dan bukannya Han Ji-pyeong.

Ji-pyeong membuat pengakuan bahawa dia suka Dal-mi kepada wanita itu sendiri ialah salah satu babak kegemaran penulis dalam drama tersebut. Walaupun Dal-mi dan Ji-pyeong tidak akan berakhir bersama, babak itu membuatkan hati penulis berbunga-bunga dan juga sedih pada masa yang sama.

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet sudah jatuh cinta dengan drama ini:

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca