Monolog Kim Tae-ho (Song Joong-ki) dalam Space Sweepers benar-benar mencuri perhatian penulis, “Adakah anda rasa kemiskinan yang membuatkan seseorang itu menjadi jahat ataupun kita jadi miskin kerana diri sendiri jahat?”
Selepas lapan hari ditayangkan, Space Sweepers masih lagi mencuri perhatian orang ramai apabila ia kekal di tangga teratas bagi program terkenal dalam kalangan penonton Netflix Malaysia.
Dibintangi oleh Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Yoo Hai-jin, Jin Seon-kyu dan Richard Armitage, Space Sweepers mengambil tempat pada tahun 2092 di mana bumi sudah hampir tidak dapat didiami lagi.

Sebuah perbadanan bernama UTS membuat keputusan untuk membina sebuah rumah baharu untuk individu terpilih sahaja di planet Mars. Di Mars, semuanya indah-indah belaka sama seperti anda tinggal di sebuah tempat yang sangat cantik.
Filem ini berkisar tentang kru kapal The Victory iaitu Kim Tae-ho (Song Joong-ki), Kapten Jang (Kim Tae-ri), sebuah robot bernama Bubs (Yoo Hai-jin) dan Tiger Park/Park Kyung-soo (Jin Seon-kyu) yang bertugas untuk mengumpul sisa berbahaya di angkasa lepas.
Dorothy anak manusia yg dirubah jadi robot nano punya power yg dimanfaatin uts buat menghijaukan mars (cmiiw) statusnya hilang trus ditemuin sama genknya jongki.#SpaceSweepers pic.twitter.com/w0TSfALbKX
— Moz (@MozaCorner) February 6, 2021
Disebabkan semua kru kapal tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk bekerja di sana, penemuan sebuah robot bernama Kang Kot-nim/ Dorothy (Park Ye-rin) adalah salah satu cara untuk mereka buat duit dengan menjual robot tersebut di pasaran gelap tetapi akhirnya berubah fikiran.

Klimaks filem ini adalah apabila James Sullivan (Richard Armitage) menawarkan wang ganjaran sebanyak empat juta dollar kepada kru kapal The Victory sebagai pertukaran untuk Dorothy. Adakah wang ganjaran atau Kot-nim yang kru kapal tersebut kejar?

Pada pendapat penulis, babak tersebut benar-benar menarik perhatian kerana dua-dua keputusan adalah pilihan yang tepat. Tanpa wang, ia mustahil untuk melakukan apa-apa perkara di sana.
Seperti Tae-ho yang berusaha sehabis baik untuk mengumpul wang bagi mencari anak perempuannya Su-ni, wang itu satu keperluan. Tanpa wang, Tae-ho mungkin tidak dapat bertemu anaknya semula.
Every scene between papa Taeho and Suni got me in tears for real 😭❤#SpaceSweeper #SpaceSweepersNetflix pic.twitter.com/WIW3x7eA6E
— 쀼 (@lindakim101) February 7, 2021
Atas sebab itu, satu babak yang benar-benar menarik perhatian penulis adalah apabila Tae-ho membaca buku Su-ni di mana gadis itu menulis bahawa dia mahu membesar untuk menjadi seorang manusia yang baik sama seperti bapanya.

Namun, penulis faham juga sekiranya kru kapal tersebut mahu selamatkan Kot-nim. Mereka sudah habiskan masa bersama dan pastinya tidak akan berdiam diri apabila tahu apa yang James akan buat apabila lelaki itu berjaya dapat Kot-nim.

Satu perkara yang menarik perhatian penulis tentang filem ini adalah bagaimana semua space sweepers menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing apabila berbual dengan yang lain.
Lastly, it's so refreshing to watch so many nationalities represented on a movie that concerns the world & human survival. They even speak their own languages. I love it! 👏
— Karie ✴︎ | #ArthdalChronicles (@karie202) February 5, 2021
Thank you, Team #SpaceSweepers! I really enjoyed the journey & will def recommend to friends & family! 🤗 pic.twitter.com/e1RtTYSshu
Sudah tentu, perbualan mereka hanya boleh berlaku dengan bantuan alat penterjemah tetapi ia tetap menarik perhatian penonton untuk menonton cerita ini.
Selain itu, visual dan sinematografi yang dipaparkan dalam filem ini sangat cantik dan memuaskan. Ia benar-benar kelihatan seperti mereka berada di angkasa lepas.
Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet amat berpuas hati dengan filem ini:
Netflix is gonna be terrible at letting you know, but Space Sweepers is the ship-full-of-misfits space opera you've been missing.
— Tim Newport (they/them) (@timothy_newport) February 7, 2021
The pitch: A haunted ex-soldier, a drunk ex-activist, a sweet ex-gang leader and a vain, sassy robot fight an immortal Elon Musk to save Earth. pic.twitter.com/G1qgc076YJ
when korea does a genre film they really make it so damn good what the fuck space sweepers the sound design alone is IMMACULATE
— AC (@ItsACsLife) February 8, 2021
I live for Captain Jang and Kkotnim moments 🥺❤️ Jang imo you’re the best 😭❤️ #SpaceSweepers pic.twitter.com/rqJSJQv4k4
— 🍐 (@taeritubbies) February 9, 2021
Kot-nim with uncle Tae-ho, you two are super cute 🥺❤#SpaceSweepers #SongJoongKi pic.twitter.com/KdOHZk7jpm
— beth (@munrivers) February 8, 2021
'Flying with you has been a great honor.' — #SpaceSweepers 🥺💗 pic.twitter.com/TMvTkCt458
— ᵈⁱᵈᵃʸ (@didzdayy) February 8, 2021
SPACE SWEEPERS just hit Netflix most epic Korean sci-fi movie ever made, about brokeass junk pirate losers vs the 1%ers relocating to Mars.
— Aaron Stewart-Ahn (@somebadideas) February 8, 2021
Hang on cause it’s disorienting at first but becomes unexpectedly hilarious & heart rending… I fucking loved it. https://t.co/MGvgBPfIez
this is definitely the coolest kmovie i've ever seen! i'm not even lying. this one is a legit full package film. from the cast, cgi, plot, action, dialogue, cool stuffs, lessons & everything, its just so good + i love the teamwork & cast so much 😭♥️#SpaceSweepers pic.twitter.com/D4m6FNYFyx
— ʕ•ᴥ•ʔ (@kdramabijj) February 8, 2021
We all have THAT kind of friend like Captain Jang 😂 Sending cringe messages to your friends is a big no 🤣 #SpaceSweepers 🚀 pic.twitter.com/RspQvMAsT5
— 🍐 (@taeritubbies) February 11, 2021
Sebagai seorang individu yang tidak meminati filem sains fiksyen seperti Star Wars, Space Sweepers ini sebenarnya agak menarik dan meruntun hati penulis walaupun ia mempunyai jalan cerita yang agak lambat pada mulanya. Anda boleh tonton video trailer di bawah.
*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: