#LejenFlix: Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Mouse’

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Lee Seung-gi, Lee Hee-joon, Park Ju-hyun dan Kyung Soo-jin, drama bersiri Mouse berlatarbelakangkan dunia di mana manusia boleh kenal pasti psikopat menerusi ujian DNA ketika dalam rahim ibu lagi.

Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang pegawai polis yang telus dan naif bernama Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membalas dendam kepada psikopat yang telah mengambil nyawa ibu bapanya ketika dia masih kecil.

Dua lelaki dengan personaliti berbeza ini kemudiannya bergabung tenaga untuk mengejar psikopat yang berada dalam kalangan 1% teratas ketika kes sama berulang kembali beberapa tahun kemudian.

Pada pendapat penulis, drama yang penuh plot twist ini sesuai ditonton oleh penggemar denre misteri dan thriller. Untuk yang jenis cepat takut dan terkejut pula, drama ini bukanlah pilihan terbaik untuk anda kerana babak pembunuhan dalam episod pertama dan kedua juga sungguh dahsyat dan mengerikan.

Sekiranya memang meminati drama seperti itu, anda patut masukkan Mouse dalam watch list masing-masing. Anda sebagai penonton memang akan hooked dengan jalan cerita ini kerana lakonan watak Kim Kang-hoon (Jae-hoon) di awal episod pertama sahaja mampu membuatkan bulu roma meremang.

Sumber: Soompi

Jae-hoon ialah seorang psikopat yang identitinya ketika dewasa masih belum didedahkan kepada umum lagi. Seperti yang kita sedia maklum, watak seorang psikopat ini memang sukar dilakonkan oleh para pelakon baik yang dewasa atau kanak-kanak.

Kang-hoon bagaimanapun berjaya memberi nafas kepada watak Jae-hoon dengan lakonannya yang cukup realistik dan meyakinkan sehingga para penonton tidak sabar untuk melihat semua babak yang ada Jae-hoon.

Seperti apa yang penulis katakan sebelum ini, Mouse mengambil tempat di sebuah dunia yang manusia boleh kenal pasti psikopat menerusi ujian DNA ketika dalam rahim ibu lagi. Jadi, banyak persoalan yang memang akan terlintas dekat minda anda ketika menonton drama ini.

Sumber: Soompi

Satu perkara yang menarik perhatian penulis tentang drama ini adalah apabila Ba-reum berhadapan dengan psikopat itu sendiri yang membuatkan dirinya tiba-tiba berubah. Siapa sebenarnya Ba-reum?

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet sudah jatuh cinta dengan drama ini:

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca