Program bersiri asli Netflix, Alice in Borderland masih lagi mencuri perhatian orang ramai apabila ia kekal di tangga teratas bagi rancangan terkenal dalam kalangan pengguna aplikasi penstriman berkenaan di Malaysia.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Nijiro Murakami dan Yuki Morinaga, drama ini mengambil tempat di Tokyo.
Pada pendapat penulis, konsep Alice in Borderland ini menarik kerana watak utama, Ryohei Arisu (Kento Yamazaki) dan dua orang sahabat baiknya iaitu Daikichi Karube (Keita Machida) dan Chota Segawa (Yuki Morinaga) telah ‘terperangkap’ di Tokyo dalam parallel universe.

Ketiga-tiga sahabat baik ini mahu mencuba hidup baharu dan ia menjadi realiti selepas satu insiden gangguan bekalan elektrik membuatkan mereka muncul secara tiba-tiba di sebuah dunia yang sepi tanpa penghuni.
Dalam dunia tersebut, anda hanya boleh hidup sekiranya bermain game. Sekiranya para pemain tewas, mereka akan meninggal dunia.
Pada pendapat penulis, drama arahan Shinsuke Sato ini merupakan sebuah karya yang membuatkan para penonton tidak senang duduk sehingga ke saat-saat terakhir.

Bagi penulis, karya ini sarat dengan elemen kejutan dan game yang mereka perlu hadapi pula memang kejam dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Dalam pada itu, semua yang tidak pernah baca manga Alice In Borderland sebelum ini mungkin akan lebih terkejut dengan jalan cerita drama ini. Mana tidaknya, watak yang anda jangka boleh bertahan sehingga akhir tetapi mereka kemudiannya terkorban dalam episod awal.
Selain itu, visual dan sinematografi yang dipaparkan dalam drama ini sangat cantik dan memuaskan. Satu perkara yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana mereka berjaya hasilkan bandar Tokyo tanpa penghuni dan ia kelihatan sangat real.
shibuya crossing scene on alice in borderland👏🏼👏🏼 pic.twitter.com/s3UU6aUB9B
— na (@yonagocchi) December 17, 2020
Sementara itu, tinjauan penulis mendapati rata-rata warganet amat berpuas hati dengan Alice in Borderland:
LOOK AT THIS MAN NIJIRO MURAKAMI- LOOK AT HIM UGNWIWHWFJKW also watch alice in borderland it’s good😼 pic.twitter.com/t3oV0tS5v3
— serena🌸 (@so_calledserena) December 16, 2020
Watch Alice in Borderland on Netflix!! ITS SO GOODDDDDDD AAAAAA I CANNOT STRESS IT ENOUGH pic.twitter.com/EA7ZjcVPq9
— •●ℜ𝔢𝔦𝔫𝔞●• (@Reina_Shouko) December 16, 2020
everbody is a gangsta till they watched Alice in Borderland Ep:3 😭👊🏻 pic.twitter.com/9yFtDK2uQp
— danish (@rhcolw) December 16, 2020
keita machida in this show is everything to me and he did a damn good job as karube daikichi god my man is so sexy #今際の国のアリス #aliceinborderland pic.twitter.com/NCBGdKOPN0
— dyl ☼ karube simp (@machidakaso) December 10, 2020
I usually don't binge watch TV shows. But, babaaay #AliceInBorderland was too damn good. I was hooked from the jump! Season 2 I'm ready for ya…not play no games tho. pic.twitter.com/zEiebKG9XK
— Felicia McNear (@Fefth) December 11, 2020
It is absolutely insane how good this is. I mean, I shouldn't be this shocked, the cast are incredible- but man alive… it's really excellent! 🔥10/10🔥#今際の国のアリス#AliceinBorderlandNetflix#AliceInBorderland pic.twitter.com/IaCN0Xgg9R
— 마리 유 (@mairi_yoo) December 10, 2020
Dalam pada itu, adakah anda turut teruja untuk menonton musim kedua drama ini?

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.
Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah: