Penulisan oleh: Shahrizat Ahmad
Tahukah anda maksud di sebalik frasa ‘cuci duit’? Cuci duit bermaksud duit yang datangnya hasil daripada aktiviti haram dan jenayah seperti dadah, sindiket penipuan (scam), rasuah dan sebagainya.

Drama bersiri Breaking Bad yang disiarkan di Netflix pada tahun 2019 membongkarkan kepada anda cara bagaimana seorang cikgu kimia melakukan aktiviti haram (cuci duit) tanpa perlu bekerja keras.
Breaking Bad berkisarkan tentang Walter White, seorang cikgu kimia yang disahkan menghidap penyakit kanser tahap empat. Demi memastikan kehidupan keluarganya terjamin setelah ketiadaannya nanti, Walter White telah menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya dalam bidang kimia untuk menghasilkan dadah yang berkualiti.
Walt telah bekerjasama dengan salah seorang bekas muridnya yang juga merupakan seorang pengedar dadah iaitu Jesse Pinkman. Walau bagaimanapun, ia bukanlah semudah yang disangka apabila mereka berdepan dengan pelbagai cabaran dan konflik.

Bermula dari sebuah karavan sehingga mereka mempunyai makmal dadah sendiri, Walt dan Pinkman masih bergerak secara senyap. Mereka sedikit pun tidak menonjolkan diri di khalayak ramai dengan menayangkan aset yang mereka miliki. Bagi Walt dan Pinkman, mereka sedar sekiranya mereka bertindak sedemikian, pihak berkuasa akan menghidu jenayah yang mereka lakukan.
Dalam pada itu, ratusan juta duit hasil kegiatan dadah itu diuruskan oleh seorang peguam bernama Saul Goodman yang melaburkan duit haram mereka pada perniagaan yang tidak popular. Antaranya adalah perniagaan seperti mencuci kereta dan refleksologi warga emas.
Siapa sangka bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti cuci duit ini, anda boleh tonton drama bersiri Breaking Bad di aplikasi Netflix.
Untuk baca artikel lain berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: