#LejenFlix: Ini 5 Sebab Kenapa Projek: High Council Semakin Terkenal Dan Digilai Ramai

Selepas sembilan episod, drama bersiri Projek: High Council masih lagi mencuri perhatian orang ramai apabila ia kekal menduduki tangga teratas dalam ranking top 10 program di aplikasi Astro GO pada hari ini.

Mengambil tempat di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT) iaitu sebuah sekolah berasrama penuh berprestij tinggi, naskhah fiksyen arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria ini tanpa berselindung membawa para penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja-remaja yang tinggal di asrama.

Penulis akan kongsikan lima sebab kenapa anda perlu menonton Projek: High Council menerusi artikel ini.

1. Jalan cerita sangat dekat dengan jiwa penonton

Dari kiri ke kanan: Nadhir, Azhar Sulaiman (Firdaus Ismet iaitu bapa Naim dan Fakhri) serta Mierul. Sumber: Instagram @azharbsulaiman

Satu perkara yang benar-benar menarik perhatian penulis untuk mula menonton drama ini adalah jalan ceritanya yang sangat dekat dengan jiwa penonton. Walaupun tidak pernah belajar di asrama, semua orang melalui zaman persekolahan.

Drama ini berjaya memikat hati penonton dengan skrip dan dialog-dialog yang natural dan dekat dengan apa yang kita biasa guna dalam perbualan harian.

Selain itu, drama ini mendapat tempat dalam hati penulis kerana ia menyentuh isu keluarga dan kehidupan anak-anak yang dibesarkan dalam broken family seperti Naim (Nadhir Nasar) dan Fakhri (Mierul Aiman).

Anda yang membesar dalam broken family pasti boleh relate dengan watak Naim, Fakhri atau kedua-duanya sekali. Selepas ibu bapa mereka bercerai, hubungan Naim dan adiknya Fakhri yang dahulunya sangat rapat kini berubah menjadi renggang.

2. Gandingan pelbagai lapisan pelakon

Sumber: Instagram @nikrifaie

Drama ini mempertaruhkan barisan pelakon meningkat naik seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Yusof Hashim, Naim Daniel, Sathis Varan dan Daiyan Trisha.

Selain itu, ia turut menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Aida Aris, Azhar Sulaiman, Edika Yusof, Hasnul Rahmat, Ben Tan dan Sazzy Falak.

Sumber: Instagram @sazzyfalak

Kepada yang mengikuti pertandingan Hero Remaja ketika ia ditayangkan, anda mungkin berminat untuk mengetahui perkembangan peserta-peserta kegemaran.

Terdapat beberapa aktor yang muncul dalam drama ini pernah bertanding dalam program Hero Remaja seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Hazeeq Dean dan Azhar Sulaiman.

3. Peminat setia Projek: Anchor SPM

Projek: Anchor SPM. Sumber: Instagram @aedyxashraf

High Council dan Anchor SPM mengambil tempat dalam universe sama tetapi menampilkan sekolah, watak serta tema berbeza.

Mia (Daiyan Trisha) pernah beritahu Naim bahawa dia adalah bekas pelajar Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) tetapi batch dua tahun selepas kes kantoi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersebut.

Buat anda yang belum pernah menonton Projek: Anchor SPM, drama arahan bersama Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di STIA.

Sumber: Instagram @nadhirnasar_

Aizat (Aedy Ashraf) akhirnya ditangkap oleh Tuan Awang (Adlin Aman Ramlie) selepas beberapa kali mencuri keluar dari kampus sekolah pada waktu malam.

Tuan Awang adalah pengetua STIA yang amat tegas. Beliau memberi syarat kepada Aizat bahawa kapten pasukan ragbi itu perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM jika dia tidak mahu dibuang sekolah.

Dengan bantuan Aaidaa (Daiyan Trisha), Aizat yang kini terdesak mula mencipta sebuah pelan untuk memastikan semua pelajar tingkatan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM melalui strategi meniru secara besar-besaran.

Untuk anda yang pernah menyaksikan Projek: Anchor SPM, anda pasti akan lebih tertarik untuk menonton High Council kerana ia mengambil tempat di universe sama.

4. Berdasarkan kisah benar asrama lelaki

Sumber: Instagram @mierulaiman

Pada pendapat penulis, Projek: High Council ini sesuai ditonton oleh penggemar naskhah berdasarkan kisah benar dan drama berat yang bermain dengan akal serta minda.

Menerusi tinjauan penulis di media sosial, rata-rata warganet menganggap drama bersiri ini relatable kerana kes buli, budaya ragging dan seniority yang dipaparkan dalam Projek: High Council memang pernah berlaku di sekolah berasrama.

Kebanyakan mangsa juga masih trauma sehingga ke hari ini dan ada yang turut mengaku bahawa mereka memilih untuk merahsiakan perkara tersebut daripada ibu bapa.

High Council. Sumber: Instagram @fazziqmuqris

Drama ini menyaksikan kemunculan sebuah kumpulan pelajar iaitu High Council yang berkuasa menjalankan pelbagai aktiviti salah laku seperti buli pelajar-pelajar lain tetapi disamarkan atas nama tradisi asrama.

Berbeza dengan Anchor SPM, Anwari menjelaskan High Council menekankan jalan cerita yang lebih matang dan kasar tentang kehidupan pelajar di sebuah asrama selain memahami erti sebenar di sebalik menjadi seorang lelaki sejati.

“Kali ini, watak-watak Projek: High Council bakal menempuh rintangan-rintangan yang lebih kasar di KUDRAT dalam usaha mereka untuk mendalami erti sebenar di sebalik menjadi seorang lelaki,” ujarnya.

Sumber: Instagram @fazziqmuqris

Memetik laporan Kosmo, Anwari berkata perkataan-perkataan dalam drama tersebut seperti kapla dan jibam diambil daripada kisah benar yang terjadi di beberapa sekolah asrama penuh.

“Apa yang saya boleh cakap, paparan kisah dalam Projek: High Council berlaku di satu sekolah yang khusus. Namun, tidak semestinya saya ambil semua benda yang berlaku dalam satu sekolah sahaja.

Saya kutip cerita lebih kurang sama. Penggunaan perkataan kapla (ketua) dan jibam (buat laporan) memang wujud. Saya yakin sesiapa yang pernah bersekolah asrama lelaki apabila menonton cerita ini mesti ketawa atau imbas semula kenangan,” ujarnya.

5. Pengaruh media sosial

@lejendigital

Tak sabar nak tunggu next episode Projek: High Council! Btw guys, kami tahu ramai yang tak sabar nak tengok next episode tapi jangan layan PHC secara haram tau! 🙏 #lejendigital #projekhighcouncil #supportlokal #fyp

♬ Seberapa Pantas (Cover) – Mom_Ina❤️

Pernahkah anda menonton drama atau filem kerana terpengaruh dengan ulasan-ulasan di media sosial ataupun ternampak video-video fan edit dekat TikTok?

Terdapat penonton yang mula menonton Projek: High Council kerana For You Page (FYP) mereka penuh dengan video-video fan edit bintang-bintang utama drama ini seperti Kahar (Amir Ahnaf), Naim dan Fakhri.

Selain video-video yang disunting oleh para peminat kerap naik di TikTok, ulasan-ulasan yang ditinggalkan oleh penonton di media sosial turut berjaya membuatkan orang ramai terpengaruh untuk menyaksikan drama ini.

Sudahkah anda menonton Projek: High Council? Apa pendapat anda? Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk menonton drama ini di platform betul.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca