#LejenFlix: Halloween Kills Menunjukkan Sisi Kejam Pesakit Mental

Filem Halloween Kills adalah kisah pembunuhan berdarah yang kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki bertopeng. Apa yang cuba ditunjukkan dalam filem ini adalah mengenai seorang lelaki yang mempunyai masalah mental yang teruk.

Watak utama yang bernama Michael Myers adalah perwatakan seram, berusia lebih 50 tahun. Dia melakukan pembunuhan seolah-olah membunuh itu seperti kerja hariannya menjelang malam Halloween.

Ketika 40 tahun yang lalu, usianya 9 tahun, dia telah melakukan pembunuhan pertamanya. Mungkin bagi sesetengah peminat filem gore akan meminati filem ini.

Terdapat satu scene dimana Michael Myers telah masuk ke dalam rumah sepasang suami isteri yang tua dan membunuh mereka. Dia menghunus lampu yang berkecai itu ke arah leher mangsa dan memulasnya berkali-kali sehingga darah memancut keluar.

Dia telah menikam berkali-kali suami kepada pasangan tersebut menggunakan pisau dapur. Setelah selesai membunuh sang suami, dia bergerak menuju ke arah isterinya lalu menarik lampu pendaflour dan mematahkannya.

Pada permulaan filem ini dimulakan agak perlahan, sebagai penonton filem ini berjaya menimbulkan rasa takut dan ngeri terhadap pembunuhan bersiri ini. Filem ini berhasil membuatkan pembunuhan itu terlihat semakin kejam apabila seseorang itu mempunyai masalah mental.

Hal ini kerana baginya membunuh itu seolah-olah perkara biasa sahaja dan memberi keseronokan kepadanya. Masyarakat dalam filem juga dilihat sebagai mangsa yang sedang mempertahankan hak mereka daripada dibunuh oleh lelaki ini.

Melalui filem ini, dapat diperhatikan bahawa masalah mental yang tidak dirawat dengan baik mampu membawa kepada kemusnahan yang lebih besar kepada sesuatu masyarakat.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca