#LejenFlix: Filem Kedua Netflix Original Malaysia, Ini Review Filem ‘Pasal Kau’

Filem Pasal Kau berkisarkan tentang seorang pemuda bernama Aiman yang bekerja di sebuah hotel dan telah jatuh hati dengan seorang pengunjung hotel bernama Sofia. Walau bagaimanapun, satu insiden telah berlaku di hotel tersebut dan pada ketika itu dia sedar bahawa dia sebenarnya mencintai rakan sekerjanya yang bernama Jane.

Filem arahan Adrian Teh ini merupakan filem kedua Netflix Original Malaysia selepas filem Dendam Azalea yang ditayangkan pada tahun 2019. Jika sebelum ini Adrian Teh lebih dikenali dengan filem aksinya iaitu Paskal dan Wira, namun kini beliau mencabar dirinya dengan mengarahkan filem bergenre romantik komedi.

Pada pendapat penulis, filem ini sangat sesuai untuk ditonton oleh anda yang mudah terhibur dan memerlukan hiburan untuk menceriakan hari anda. Sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada filem ini, ia akan menghampakan anda. Ini kerana, filem Pasal Kau adalah lebih santai berbanding filem Adrian Teh yang lain iaitu Paskal dan Wira.

Bagi penulis sendiri, kewujudan pelakon-pelakon pembantu dalam filem ini seperti Amerul Affendi, Namron, Josiah Hogan dan ramai lagi sangat membantu untuk memastikan filem ini tidak membosankan. Kisah cinta dalam filem ini boleh dikatakan agak klise. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit plot twist di pertengahan filem ini yang anda sendiri tidak dapat jangka. Untuk mengetahui apakah yang berlaku, anda perlu tonton sendiri filem ini.

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata daripada warganet terhibur dengan jalan cerita filem ini yang dikatakan santai dan kelakar.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menganggap filem ini membosankan dan tidak berjaya membuatkan mereka terhibur.

Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Namron, Josiah Hogan, Taufiq Hanafi dan ramai lagi.

Untuk tonton filem ini, anda boleh strim online atau muat turun di aplikasi Netflix.

Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca