#LejenFlix: Filem ‘Ada Hantu’ Mula Ditayang, Zahiril Adzim Dedah Pengalaman ‘Diganggu’ Ketika Penggambaran

Filem ‘Ada Hantu’ yang menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi telah mula ditayangkan secara eksklusif pada 13 Ogos 2021.

Filem seram ini juga menyaksikan kemunculan pertama Hairul Azreen sebagai pengarah filem setelah giat beraksi dalam dunia lakonan.

Sidang media secara maya diadakan bersama para pelakon filem ‘Ada Hantu’ sehari sebelum tayangan perdana tersebut. Zahiril Adzim, yang memegang watak Aliff, berkongsi pengalaman mistiknya ketika penggambaran filem itu pada Disember lalu.

Menurut pelakon itu, lokasi penggambaran dilakukan di sebuah banglo terbiar dan pada hari terakhir penggambaran, Zahiril dikatakan mengalami ganguan daripada makhluk halus.

“Benda tu muncul depan mata saya,” katanya dalam sidang media Khamis lalu. “Mula-mula dia kacau sikit-sikit, kacau kamera sampai rosak, cermin kereta pecah, dan makin lama makin teruk sehingga dia munculkan diri.”

Zahiril Adzim turut kongsikan bahawa kru filem yang terlibat pada hari itu juga menghadapi situasi sama dengan gangguan aneh itu.

Ketika melakonkan satu adegan dalam filem itu, Zahiril menceritakan tentang kakinya yang terseliuh selepas menendang pintu.

“Ketika saya buat babak itu, saya rasa seperti ada benda besar yang tiba-tiba menolak pintu dengan kuat.”

Zahiril bersangka ada staf produksi yang sedang menolak pintu itu, namun dia mendapati tiada sesiapa di sebaliknya. Akibat perkara ini, dia hilang fokus dan tersasar ketika hendak melompat, lalu menyebabkan kakinya terseliuh.

Walaupun berhadapan detik cemas dan ngeri ini, Zahiril bertindak untuk merahsiakan pengalamannya sehingga tamat penggambaran.

Tambah Zahiril Adzim lagi, dia hanya berfikiran positif sepanjang penggambaran tersebut dan bersyukur kerana dapat menghabiskan penggambaran bagi filem itu pada masa yang dijadualkan.

Zahiril Adzim bersama barisan pelakon ‘Ada Hantu’. Sumber: EH! Malaysia

Filem ‘Ada Hantu’ mengisahkan tentang watak Aliff (Zahiril Adzim), seorang content creator yang tidak mempercayai perkara mistik, telah dicabar oleh rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama yang ditinggalkan, untuk membuktikan tempat itu tiada hantu.

Rumah tersebut dipercayai pernah dimiliki oleh seorang general Jepun yang menyeksa dan membunuh ramai orang dahulu. Apabila malam semakin lewat, Aliff mula tidak menjumpai rakan-rakannya, dan dia menyedari rumah tersebut tidak seperti yang disangka.

Filem seram ini boleh ditonton di aplikasi Disney+ Hotstar atau melalui DisneyPlusHotstar.my.

Artikel berkaitan lain untuk anda baca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca