#Lejenflix: Enola Holmes 2, Henry Cavill Dan Millie Bobby Brown Kembali Semula

Millie Bobby Brown dan Henry Cavill bakal disatukan semula untuk sekuel filem Enola Holmes yang akan ditayangkan di Netflix pada bulan November tahun ini.

Filem pertama Enola Holmes diarahkan oleh Harry Bradbeer pada asalnya dikeluarkan di pawagam.

Namun disebabkan wabak pandemik COVID-19, Warner Brothers menjual hak filem itu kepada Netflix untuk ditayangkan.

Sumber: Entertainment Weekly

Menerusi filem sekuel ini akan menunjukkan Enola Holmes mengikut jejak abangnya iaitu Sherlock Holmes dengan membuka agensi detektifnya sendiri hanya untuk mendapati bahawa kehidupan sebagai detektif wanita adalah tidak semudah yang disangka.

Semasa Enola ingin menutup agensinya, seorang gadis yang tidak berduit memberikan Enola tugasan pertama dengan mencari budak peremuan yang hilang.

Sumber: Entertainment Weekly

Pengembaraan serba baharu ini akan membawa Enola dalam pergaduhan yang kaya dengan konspirasi gelap dan industri di London.

Millie menyatakan gambaran lokasi filem untuk sekuel ini akan menunjukkan hiruk-pikuk di London lebih terperinci berbanding filem pertama.

Filem Enola Holmes 2 berdasarkan siri buku bertajuk The Enola Holmes Mysteries oleh Nancy Springer.

Sumber: Entertainment Weekly

Selain Millie Bobby Brown dan Henry Cavill pelakon lain yang turut membintangi filem ini antaranya adalah Louis Partridge, Helena Bonham Carter dan David Thewlis.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca