#LejenFlix: Eksperimen ‘Gold Digger Test’, Benarkah Gadis Ini Seorang Kaki Kikis Atau Sebaliknya?

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila sebuah saluran YouTube (YouTube channel) yang diberi nama Bros Gang TV telah menjalankan satu video sosial eksperimen ‘Gold Digger Test’ untuk menguji kesetiaan seorang gadis di mana wajahnya telah dikaburkan.

‘Gold Digger Test’ dalam saluran YouTube ini adalah satu ‘ujian’ di mana ia telahpun dirancang untuk menguji sama ada gadis ataupun lelaki yang diuji itu seorang yang setia ataupun seorang kaki kikis.

Jalan cerita bermula apabila gadis tersebut yang diberi nama Erin dikatakan sudah lama tidak mempunyai pekerjaan (jobless). Erin kemudiannya ditawarkan wang ringgit bernilai RM20,000 dengan syarat dia perlu meninggalkan teman lelakinya iaitu Akmal jika dia mahukan wang tersebut.

Pada penghujung video ini, Erin telah memilih wang yang ditawarkan kepadanya itu dan sanggup untuk meninggalkan teman lelakinya.

Isu mulai timbul apabila saluran YouTube ini dikatakan merosakkan hubungan antara kedua-dua pasangan ini sehingga menyebabkan perbalahan berlaku. Selepas insiden ini berlaku, wanita tersebut dikatakan murung dan tidak seceria dahulu.

https://twitter.com/syahirasahar/status/1286260043097096192?s=19

Pada pendapat penulis, kedua-dua pasangan ini mempunyai salah mereka masing-masing. Lelaki ini (Akmal) mempunyai perasaan ragu-ragu terhadap teman wanitanya (Erin). Kemudian, dia merancang untuk menguji kesetian teman wanitanya yang sudah lama tidak bekerja (jobless) itu dengan menyuruh Bros Gang TV menawarkannya wang ringgit bernilai RM20,000.

Seperti yang kita semua sedia maklum, satu ikatan perhubungan memerlukan kepercayaan yang kuat terhadap pasangan masing-masing. Kenapa perlu ada istilah ‘menguji’ sekiranya lelaki ini percaya dengan teman wanitanya? Lelaki ini juga secara tidak langsung telah memalukan dan membuka aib teman wanitanya kerana pada ketika artikel ini ditulis, hampir seluruh rakyat Malaysia telah menonton video yang dikatakan ‘prank’ ini.

Walau bagaimanapun, jika diteliti kembali, wanita ini juga mempunyai salahnya yang tersendiri. Pada permulaan ‘prank’ ini berlaku, semuanya kelihatan kekok dan tidak logik. Wanita ini begitu cepat menerima tawaran yang diberikan kepadanya tanpa memikirkan sekiranya lelaki tersebut mempunyai niat jahat. Bayangkan sekiranya semua ini bukanlah ‘prank’ dan mereka ingin mengambil kesempatan atau mempunyai niat yang tidak baik ke atas wanita ini?

Sementara itu tinjauan penulis di laman Twitter mendapati bahawa rata-rata daripada warganet menyokong tindakan wanita ini dan menganggap teman lelakinya merupakan seorang yang tidak matang dan memang sewajarnya ditinggalkan.

https://twitter.com/bbie143/status/1285518593606578176?s=20

Ada juga yang berpendapat bahawa video ‘prank’ ini hanyalah rekaan dan lakonan semata-mata.

Penceramah bebas PU Azman juga tidak ketinggalan untuk memberikan pandangannya mengenai topik ‘curang’ melalui perkongsian video di laman Instagram.

“Kalau nak cerita bab curang ni, lelaki perempuan sama je. Dia masalah hati. Bukan masalah gender.

“Setia itu milik jiwa, bukan jantina.” jelasnya.

Anda boleh tonton dan nilai sendiri melalui pautan di bawah.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca