#LejenFlix: Drama Ke ‘Real-Life Couple’, Ini 3 Drama Romantik Thailand Lakonan Nadech, Yaya

Sesiapa peminat drama Thailand mesti mengenali pasangan kekasih ini. Nadech Kugimiya dan Urassaya Sperbund. Mereka telah berlakon pelbagai drama Thailand bersama sejak tahun 2010.

Perkenalan di lokasi pengambaran drama telah menimbulkan bibit-bibit cinta dan mereka mengisytiharkan kepada umum sebagai pasangan kekasih bermula tahun 2011 sehingga kini.

Berikut ialah tiga drama romantik popular lakonan mereka.

1. Akkanee’s Heart (2010)

Sumber: My Drama List

Drama ini mengisahkan Fai (Nadech) dan Jeed (Yaya) dilahirkan sebagai musuh sejak mereka kecil kerana konflik antara generasi bapa mereka. Kedua-dua mereka menjaga ladang tenusu mereka sendiri yang dipisahkan oleh pagar putih sebagai sempadan.

Mereka sering bergaduh sehingga satu tragedi telah membuatkan mereka meluahkan perasaan masing-masing. Cinta mereka terhalang kerana dibenci oleh ayah Fai.

Daripada drama ini, mereka saling kenal dan bercinta.

2. The Crown Princess (2017)

Sumber: My Drama List

Drama 12 episod ini mengisahkan Puteri Alice (Yaya) dari negara Hrysos secara rahsia dihantar ke Thailand kerana nyawanya terancam selepas pertabalannya.

Puteri Alice dihantar oleh Dawin Samuthyakorn (Nadech), seorang Leftenan Komander Tentera Laut Thailand sebagai pengawal peribadinya. Banyak kejadian terjadi sehingga Puteri Alice memaksa Dawin berkahwin dengannya.

3. Switch (2018)

Sumber: Thailakorn2018

Drama ini pernah ditayang di TV3 mengisahkan Ramin, seorang pegawai polis berprofil tinggi dari unit khas dan Petra, seorang superstar yang sombong ditemukan apabila Ramin menyelamatkan Petra dari tempat tinggi.

Malangnya, mereka menyedari bahawa jasad mereka telah pun bertukar. Semenjak itu, Ramin yang terus bertukar kepada lelaki feminin manakala Petra pula berkarakter kasar.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca