#LejenFlix: Disney Batal Filem Pirates Of The Carribean Lakonan Margot Robbie

Aktres Margot Robbie mengesahkan bahawa perancangan untuk filem Pirates of the Caribbean yang lebih berfokuskan kepada watak wanita tidak akan menjadi kenyataan kerana projek itu dikatakan telah digugurkan oleh Disney.

Menerusi satu temu bual bersama Vanity Fair, Margot berkata filem female-focused Pirates of the Caribbean itu sudah berada di fasa perbincangan tetapi pihak Disney memutuskan untuk tidak meneruskan projek itu.

“Kami mempunyai idea dan sedang membangunkannya untuk seketika kerana mahu mempunyai lebih banyak watak yang diketuai oleh wanita.

Ia tidak sepenuhnya diterajui oleh wanita tetapi hanya jenis cerita yang berbeza di mana kami fikir ia akan jadi sangat hebat tetapi saya rasa mereka tidak mahu melakukannya,” jelas Margot.

Sumber: IGN Southeast Asia

Margot telah dilaporkan bakal membintangi siri baharu Pirates of the Carribean pada tahun 2020 yang ditulis oleh penulis skrip Birds Of Prey iaitu Christina Hodson.

Filem yang dilaporkan bakal diterajui Margot itu bukannya karya spin-off sebaliknya ia merupakan jalan cerita yang fresh dan memperkenalkan watak serba baharu.

Dalam pada itu, penerbit Pirates of the Carribean sebelum ini iaitu Jerry Bruckheimer dikatakan bakal terlibat dengan projek ini di mana dia berkata terdapat dua skrip melibatkan filem berkenaan sedang dalam pembikinan iaitu satu dengan Margot dan satu tanpa wanita itu.

Jerry tidak mengulas lanjut tentang projek ini dan berkata ‘masih belum ada kepastian’ sama ada Johnny Depp akan kembali dalam siri Pirates of the Carribean atau tidak menurut laporan The Vocket.

Sinonim dengan watak Jack Sparrow, Johnny Depp telah berjaya memenangi hati orang ramai dengan membintangi lima filem dalam siri Pirates of the Carribean.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca