#LejenFlix: Digelar ‘Pubie’ dan Menjadi Mangsa Usikan Kanak-Kanak, Ini Review ‘Hubie Halloween’

Hubie Halloween adalah sebuah filem yang bertemakan komedi seram di mana seorang lelaki bernama Hubie Dubois (Adam Sandler) yang sering menjadi mangsa buli sejak dari kecil di Salem. Hubie atau diejek sebagai ‘Pubie’ oleh penduduk bandar merupakan seorang yang berhati mulia, taat kepada ibunya dan sering membawa kebaikan terhadap orang di sekelilingnya.

Sumber: ca-life

Filem yang turut dibintangi oleh kroni lawak tipikal Adam Sandler, iaitu pelakon Rob Schneider, Steve Buscemi dan Kevin James turut membintangi filem ini. Namun watak Rob Schneider sebagai Richie Hartman hanyalah sebagai cameo di mana dia merupakan banduan pesakit mental yang melarikan diri, manakala Kevin James sebagai sarjan polis Salem, Sgt. Steve Downey.

Turut menambahkan misteri, Steve Buscemi memainkan watak sebagai Walter Lambert yang kemudiannya berlakon sebagai jiran Hubie, Nick Hudson, merupakan serigala jadian yang berumur 459 tahun.

Sumber: consequenceofsound

Hubie tinggal bersama ibunya (June Squibb) dan menyimpan perasaan pada Violet Valentine (Julie Bowen) yang merupakan bekas isteri kepada Sgt. Steve Downey. Dia mencintai Violet semenjak di bangku sekolah lagi namun tidak berani meluahkan isi hatinya.

Setiap kali perayaan Halloween tiba, Hubie secara sukarela akan menawarkan diri untuk menjadi pengawal keselamatan bagi memastikan kanak-kanak dapat meraikan Halloween dengan selamat. Namun, itu tidak membantu dirinya dari terus diusik dan dilempar barang oleh kanak-kanak di kawasan itu.

Sumber: indiewire

Bagaimanapun, plot diteruskan sewaktu menyambut Halloween, penduduk bandar Salem telah mengalami kejadian misteri di mana seorang demi seorang telah hilang. Hubie yang penuh dengan rasa tanggungjawab menjaga keselamatan penduduk waktu itu telah mula menyiasat misteri kehilangan penduduk di kawasannya seorang diri.

Penduduk Salem bersetuju bahawa Hubie adalah penculik sebenar kerana ingin membalas dendam terhadap pembulinya. Hubie kemudiannya telah melarikan diri dan pergi ke stesen radio di mana DJ Aurora (Shaquille O’Neal, disuarakan oleh Vivian Nixon) memberitahu Hubie bahawa seorang pemanggil misteri sering menelefon untuk membuat permintaan lagu buat Hubie.

Kekocohan berlaku apabila mereka berpendapat bahawa Violet pula adalah pelakunya apabila merasakan dia adalah pemanggil misteri tersebut. Siapakah dalang di sebalik penculikan penduduk Salem? Apakah yang terjadi kepada Hubie? Saksikan Hubie Halloween hanya di platform Netflix.

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terhibur dengan lawak klasik yang dibawakan oleh Adam Sandler dalam filem tersebut.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk membaca artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca