#LejenFlix: Dark Waters Adaptasi Daripada Kisah Benar Seorang Peguam Bela Yang Menuntut Keadilan

Filem Dark Waters yang dibintangi oleh Mark Ruffalo mengisahkan tentang kisah benar adaptasi daripada perjuangan seorang peguam bela yang menuntut keadilan terhadap syarikat pemprosesan bahan kimia yang mencemarkan air.

Filem yang ditayangkan pada tahun 2019 ini berjaya meraih kutipan tayangan Box Office iaitu sebanyak 23.1 juta Dollar. Filem ini adalah kritikan secara tidak langsung kepada kerajaan kerana telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

Jalan cerita dalam filem yang menunjukkan usaha susah payah Robert iaitu peguam bela yang menuntut keadilan, mencari bukti bagi menghalang pencemaran air yang telah mengakibatkan penyakit barah dan kematian terhadap rakyat.

Filem Dark Waters ini juga dikatakan sebagai metafora yang hebat yang menunjukkan usaha bagi penuntutan hak asasi manusia kerana berlakunya pencemaran air yang menjejaskan bekalan air minuman.

Isu rasuah yang berlaku dalam filem ini apabila kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat pemprosesan bahan kimia tersebut apabila berlakunya kes kematian yang disebabkan oleh penyakit barah yang dihidapi oleh rakyat.

Setelah berbulan lamanya, rayuan Robert di mahkamah telah membuka mata masyarakat yang akhirnya tampil membantu memberikan bukti yang awalnya takut berbuat demikian.

Isu rasuah dan alam sekitar sangat diberi penekanan dalam filem ini. Filem ini wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca