#LejenFlix: Dari Bean Ke Bee, Rowan Atkinson Kembali Dalam Siri Komedi Man Vs Bee

Sebut sahaja nama Rowan Atkinson sudah pastinya akan teringat dengan gelagat komedi aksi nyatanya sebagai Mr. Bean.

Kali ini Rowan Atkinson kembali semula dengan siri komedi terbaharu iaitu Man vs Bee yang disiarkan di Netflix.

Drama siri komedi yang mengandungi 9 episod ini mengisahkan Rowan Atkinson sebagai Trevor Bingley yang pekerjaannya sebagai penjaga rumah agam.

Sumber:Yahoo! News

Nina dan Christian mengupah Trevor untuk menjaga rumah agam mereka yang penuh dengan karya seni, artifak yang mahal dan kereta vintaj ketika sedang bercuti jauh.

Trevor yang baru sahaja memulakan pekerjaannya itu telah menghadapi satu konflik besar dalam menjalankan tugasnya itu.

Sumber: Mashable

Semasa Trevor sedang menjaga rumah agam Nina dan Christian, dia dapati terpaksa berperang dengan seekor lebah membuatkan banyak harta dalam rumah itu dimusnahkan.

Namun begitu dalam kemusnahan harta benda di rumah tersebut, akan terbongkar suatu kebenaran yang tidak diduga.

Setiap episod akan menunjukkan percubaan Trevor untuk membebaskan dirinya daripada seekor lebah dengan cepat.

Sumber: The Independent

Perkara ini membuatkan penghuni rumah yang malang itu mengamuk apabila melihat keadaan rumahnya hancur terbakar.

Anda boleh tonton trailer Man Vs Bee di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca