Setelah kejayaan wataknya sebagai karakter Sangwoo dalam Squid Game, Netflix mengumumkan Park Hae-soo sebagai salah satu watak utama Money Heist versi Korea.
Park Hae-soo diumumkan akan melakonkan watak Berlin, iaitu salah satu karakter utama dalam siri terkenal itu pada Rabu lalu.
Terdahulu, Netflix Malaysia telahpun mengumumkan barisan pelakon yang bakal membintangi La Casa de Papel atau Money Heist versi Korea pada Mac lalu.
Antara pelakon yang turut membintangi siri Sepanyol yang terkenal itu termasuklah Yoo Ji-tae (The Professor), Jun Jeong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Kim Ji-hun (Denver), Jang Yoon-gu (Nairobi), Park Jung-woo (Rio), Lee Kyu-ho (Oslo) dan Kim Ji-hun (Helsinki).
Money Heist versi Korea bakal mempunyai 12 buah episod yang akan diarahkan oleh Kim Hong-sun, pengarah bagi The Guest (2018), Pied Piper (2016), dan juga Liar Game (2014).
Kenal tak? Park Hae-soo dari Squid Game akan memainkan watak Berlin dalam adaptasi Korea baru Money Heist, yang akan datang ke Netflix, 2022 💥 pic.twitter.com/l1Ax2c3WwB
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) December 1, 2021
Dalam pada itu, Ryu Yong-jae yang terkenal dengan sirinya My Holo Love (2020), Psychopath Diary (2019), Pied Piper (2016) dan Liar Game (2014) merupakan penulis bagi siri ini.
Money Heist versi Korea yang berlatar di Semenanjung Korea akan menunjukkan kehebatan seorang genius bersama barisan perompak dengan pelbagai kemampuan dan keperibadian melakukan perompakan besar-besaran.
Selama bertahun-tahun, drama dan filem Korea telah menembus batas dan menarik perhatian penonton global melalui cerita dan budayanya yang ini, sama seperti La Casa de Papel.
Money Heist merupakan siri berasal daripada Sepanyol yang telah ditayangkan sejak tahun 2017.
Siri tersebut mengisahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai The Professor yang menyerap masuk seramai lapan orang ahli yang lain untuk membantunya dalam perompakan terbesar dalam sejarah Sepanyol.
Setelah menyusun strategi selama lima bulan, kelapan-lapan orang yang namanya diambil berdasarkan nama-nama kota di dunia itu masuk dan merompak Royal Mint of Spain, sebuah tempat percetakan wang negara yang terletak di Madrid.
Rancangan pembuatan ulang Money Heist versi Korea ini telah diwar-warkan sejak Jun 2020 dan telah disambut baik warganet Korea.
Ciao bella ciao, finally. Here’s the cast of Money Heist, Korean version 💥 pic.twitter.com/AXOxwxHhf7
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) March 31, 2021
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: