#LejenFlix: Berasa Gugup Sehingga Terlupa Skrip, Jake Gyllenhaal Dedah Minta Bantuan Tom Holland Di Set ‘Spider-Man: Far From Home’

Jake Gyllenhaal mula diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) pada tahun 2019 apabila dia memegang watak Mysterio bagi filem Spider-Man: Far From Home.

Walaupun mempunyai banyak pengalaman lakonan selama lebih 20 tahun, Jake akui bahawa dia benar-benar berasa panik dan gugup ketika dalam set filem aksi blockbuster.

Dalam video wawancara The Howard Stern Show yang dimuat naik di YouTube, Jake Gyllenhaal berkongsi pengalamannya semasa hari pertama penggambaran filem Spider-Man: Far From Home di mana Tom Holland terpaksa menenangkannya ketika memulakan produksi.

“On the first day of shooting, I remember not being able to remember my lines. I was the wooden board. And they were like, ‘Whoa.’ And I went up to Tom Holland and was like, ‘Dude, help me out.’ He’s like, ‘It’s all good, just relax.’”

spider man far from home mysterio peter parker
Mysterio dan Peter Parker dalam filem Spider-Man: Far From Home. Sumber: Insider

Menurut Jake, dia meletakkan tekanan ke atas dirinya sendiri kerana dia amat mengagumi dan mencintai dunia Spider-Man dan Marvel. Walaupun pelakon itu tidak sering beraksi dalam skala Far From Home, dia menganggapnya sebagai sebuah ‘kraf’ yang yang berbeza.

Tambahnya lagi, “MCU adalah ruang yang sangat ‘kreatif’ yang memberi peluang kepada orang lain untuk mencuba idea mereka sendiri dan mengubah apa yang sedang berlaku bagi menghidupkan watak dan dunia dalam lakonan.”

Pengakhiran Far From Home ini menandakan filem seterusnya, Spider-Man: No Way Home, yang akan menyaksikan pertemuan Peter Parker (Tom Holland) dan Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) dalam usaha menghentikan kekacauan apabila identiti Spider-Man diketahui umum.

Artikel berkaitan lain untuk dibaca:

Artikel Lain Untuk Di Baca