#LejenFlix: Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Instafamous Ini Jadi Bualan Ramai

Sekiranya Hafiz Mahamad menjadi bualan ramai pada awal minggu ini kerana video merentas negeri melibatkan pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya, instafamous dan usahawan itu sekali lagi tampil dengan video terbaharu menerusi pemberian bonus raya untuk para pekerjanya.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook dan Instagram beliau, Hafiz sebagai seorang majikan berjaya melakukan kejutan kepada para pekerjanya dengan memberikan bonus sebulan gaji untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 13 Mei nanti.

Hafiz tampil memberi penjelasan tentang tindakannya pada ruangan kapsyen, “Saya beri kejutan kepada para pekerja iaitu bonus sebulan gaji untuk Hari Raya Aidilfitri nanti.

Air mata semua pekerja menitis apabila dapat tahu tentang kejutan itu. Dari dulu, saya mahu sangat memberikan bonus sebulan/dua bulan gaji dua kali setahun kepada para pekerja.

Sumber: Twitter @FiqhTabayyun

Pada awal Ramadan, saya lihat muka para pekerja penat bekerja selepas menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Apabila saya lihat keadaan itu, saya terus bagitahu bahawa ada kejutan yang menanti sekiranya mereka semangat lagi dan kita capai sasaran pada bulan ini.”

Hafiz turut menyatakan sebab beliau membuat keputusan untuk melakukan kejutan tersebut kepada para pekerjanya, “Saya beri bonus ini pun kerana kita tidak boleh beraya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan?

Dari sudut baik, mereka boleh menyimpan dan jimat apabila terima bonus ini. Saya yakin yang kita boleh berjaya atas usaha sendiri tetapi akan lebih maju dan berjaya apabila bersatu.”

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang kerana para pekerja dan majikan saling berpelukan dalam video tersebut:

Dalam erti kata lain, semua individu terlibat dalam video berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan COVID-19.

Hafiz tampil memberi penjelasan menerusi sebuah hantaran lain di laman Instagram selepas video itu tular, “Meskipun cuba beri manfaat daripada apa yang dikongsi oleh diri sendiri, saya mengaku banyak perkara yang buruk daripada yang baik waktu COVID-19 ini.

Saya suka melihat orang senyum dan dibantu ketika saya memberi tetapi ada silap saya dalam patuhi SOP iaitu tidak memakai pelitup muka. Ramai yang beri kata semangat dan positif tetapi saya tetap mahu minta maaf. Saya sayang anda semua dan doakan saya supaya lebih beringat.”

Meskipun usahawan ini mempunyai niat baik kerana mahu memberikan bonus kepada para pekerja iaitu sebanyak satu atau dua kali setahun, tindakan beliau yang terang-terangan tidak mematuhi SOP untuk membendung penularan wabak COVID-19 sememangnya perlu dipandang serius. Apa pendapat anda?

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca