#LejenFlix: Ayla The Daughter Of War Mengangkat Kisah Benar Tentang Perang

Filem ini berdasarkan kisah benar dimana ia berlaku ketika peperangan antara Korea Selatan dan Korea Utara, lalu Turki menjadi pihak ketiga antara peperangan kedua negara yang diutus oleh PBB.

Watak protagonis dalam filem adalah tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ayla. Manakala, seorang lelaki Turki yang bernama Suleyman, seorang tentera yang ditugaskan ke Korea Selatan.

Ketika itu Turki adalah sebahagian daripada pasukan petugas PBB saat akhir. Suleyman dan rakan baiknya, Ali telah berhadapan dengan serangan daripada tentera Korea Utara.

Menunjukkan keberanian dan kehebatan mereka, orang Turki berjaya memenangi pertempuran itu, tetapi apabila mereka tiba di suatu kawasan, mereka menemui jasad-jasad yang bergelimpangan dan di situ, Suleyman bertemu dengan seorang kanak-kanak lalu diberi nama Ayla.

Akhirnya setelah tiba masa tugasnya selesai dan tiba masa kepulangan ke Turki. Suleyman ingin membawa pulang Ayla bersamanya dengan memasukkan Ayla ke dalam begnya, tetapi tidak berjaya kerana ditangkap oleh rakannya. 

Apa yang menarik dalam filem adalah nilai kemanusiaan dan kasih-sayang yang ditunjukkan oleh Suleyman terhadap Ayla seperti seorang ayah kepada anak walaupun mereka tiada pertalian darah bahkan mereka juga berbeza bangsa, agama dan negara.

Si Kecil Ayla yang berusia lima tahun dalam filem berjaya memainkan wataknya dengan baik sekali.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca