#LejenFlix: Avatar Kembali Muncul Tewaskan Avengers: Endgame

Pernah dinobatkan sebagai filem paling laris di dunia, Avengers: Endgame kali ini tewas kepada kutipan filem Avatar, menurut laporan media antarabangsa.

Filem sains fiksyen Avatar arahan James Cameron berjaya meraih kutipan terbaharu dengan catatan sekitar USD2.8 bilion (RM11.53 bilion) menewaskan Avengers: Endgame dengan kutipan USD2.797 bilion (RM11.52 bilion).

Difahamkan, kutipan filem Avatar melonjak naik sebanyak USD8 juta (RM32.8 juta) selepas ia ditayangkan semula di China baru-baru ini.

Industri perfileman di China kini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, pawagam di negara tersebut menayangkan semula filem-filem pecah panggung yang sudah ditayangkan sebelum ini.

Siapa sangka filem Avatar yang sudah berusia lebih sedekad ini masih kekal relevan di kalangan peminat di China. Produser filem Avatar Jon Landau dan juga pengarah James Cameron turut berasa teruja atas kejayaan filem tersebut.

Landau turut memberikan hint dalam kenyataannya kepada media bahawa beliau bersama kru produksi bakal menerbitkan filem sekuel Avatar pada masa akan datang dan menjanjikan jalan cerita yang lebih epik.

Pada pendapat penulis, filem Avatar unggul dengan gabungan teknologi CGI dan 3D namun Avengers tetap dalam hati kerana sentimen emosi mendalam yang diterapkan dalam filem tersebut mampu meninggalkan kesan kepada penulis sehingga hari ini.

Pendapat anda pula bagaimana?

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca