#LejenFlix: Antara Cinta Dan Maruah, ‘Little Mom’ Diinspirasikan Dari Kisah Nyata

lejenflix-antara-cinta-dan-maruah-little-mom-diinspirasikan-dari-kisah-nyata

Little Mom adalah siri web Indonesia yang dihasilkan oleh Hitmaker Studios dan diarahkan oleh Guntur Soehardjanto.

Siri web ini dilancarkan pada 10 September 2021 dan ditayangkan setiap hari Jumaat pada jam 6 petang waktu Indonesia. Untuk pengetahuan, Little Mom ditayangkan secara eksklusif hanya di WeTV dan iflix.

Filem berkisarkan kisah remaja dan percintaan ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Natasha Wilona, Al Ghazali, Teuku Reuku Rassya dan Elina Joerg berjaya menarik perhatian ramai.

Memetik laporan Nextren, filem Little Mom diangkat daripada realiti kehidupan. Pada tahun 2018, berdasarkan data daripada WHO menyatakan bahawa jumlah perkahwinan awal di Indonesia berada di tangga ke-7.

Dilaporkan, lebih daripada dua juta remaja perempuan berusia 15-19 tahun telah melahirkan antara tahun 2015 hingga 2020, bahkan angka ini merupakan 10% dari jumlah angka kelahiran di Indonesia.

Little Mom menceritakan kisah Naura (Natasha Wilona), seorang gadis cantik berusia 16 tahun, anak kebanggaan buat kedua orang tuanya, serta memiliki cita-cita ingin menjadi seorang doktor pakar obstetrik.

Malangnya, impian yang diidamkan hancur apabila dia disahkan mengandung anak kepada teman lelakinya sendiri, iaitu Yuda (Teuku Rassya).

Dari kiri: Yuda (Teuku Rassya) dan Naura (Natasha Wilona)
Sumber: IDN Times
Dari kiri: Keenan (Al Ghazali) dan Naura (Natasha Wilona)
Sumber: MkvDrama.Com

Keadaan bertambah rumit disebabkan Yuda berpindah ke Jepun bersama ibu dan bapanya dan Naura bertemu dengan Keenan (Al Ghazali).

Keenan merupakan seorang yang suka membuat masalah di sekolah, namun dalam masa yang sama dia selalu ada buat Naura ketika waktu sukar.

Naura juga terpaksa menghadapi Celine (Elina Joerg), saingan utama Naura dalam segala perkara malah dia juga turut menyukai Keenan.

Little Mom akan mengajak penonton untuk mengikuti liku-liku perjalanan seorang gadis bernama Naura dalam menangani dan merahsiakan kehamilan luar nikah pada usia remajanya.

Ditambah pula dengan kisah cinta segi tiga antara Keenan dan Yuda serta persaingannya bersama Celine yang akan mempercepatkan perjalanannya untuk menjadi seorang ibu muda dalam berjuang mencapai cita-citanya.

Kisah Naura dan kehidupan remajanya berdasarkan kisah benar yang sering ditemui dalam masyarakat masa kini.

Terdiri daripada 13 episod, filem Little Mom diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pelajar agar tidak mengikuti kesilapan yang dilakukan oleh Naura.

Sumber: Youtube (WeTV Indonesia)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca