#LejenFlix: Alice In Borderland Kembali, Janjikan Permainan Maut Terakhir

Setelah tamat siri pertama Alice In Borderland dengan akhir cerita sangat tergantung, Netflix telah mengeluarkan trailer rasmi Alice In Borderland musim kedua yang bakal ditayangkan pada bulan Disember ini.

Sumber: YouTube

Sebelum munculnya siri popular Squid Game, Alice In Borderland turut menayangkan konsep cerita bertemakan permainan maut di saluran Netflix.

Lebih menarik lagi, sewaktu dilancarkan di Netflix pada 10 Disember 2020 Alice In Borderland pernah menjadi tangga teratas serta carian Google untuk siri komik Alice In Borderland juga meningkat.

Sumber: Twitter

Siri Jepun ini diarahkan oleh Shinsuke Sato yang mengisahkan tentang sekumpulan rakan kurang bernasib baik terjerumus dalam permainan mempertaruhkan nyawa mereka.

Menerusi trailer boleh mendapati Alice In Borderland musim kedua kekalkan watak utama iaitu Kento Yamazaki sebagai Arisu dan Tao Tsuchiya sebagai Usagi untuk membongkarkan misteri Borderland bagi kembali ke dunia mereka.

Sumber: YouTube

Berbeza dengan musim pertama yang menunjukkan kota Shibuya kosong tanpa penghuni, musim ini akan berlatarkan kota Shibuya musnah dan diliputi dengan tumbuh-tumbuhan.

Selain daripada itu, Alice In Borderland juga memaparkan watak baharu. Antaranya ialah Yuri Tsunematsu sebagai pelajar sekolah menengah Heiya, Tomohisa Yamashita sebagai “Raja Kelab” dan Hayato Isomura sebagai Banda.

Anda boleh tonton trailer Alice In Borderland 2 di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca