#LejenFlix: Adakah Filem ‘One Cent Thief’ Kisah Aman Shah? Ini Respons Tuan Punya Badan

Bakal menemui para penonton pada 8 Oktober ini, filem One Cent Thief menjadi bualan ramai selepas ia dikatakan telah mengambil inspirasi daripada kisah pencuri satu sen yang pernah menggemparkan Malaysia sekitar tahun 1990.

Walau bagaimanapun, Aman Shah iaitu individu yang pernah mencuri perhatian orang ramai dengan kisah satu sen ini tampil menjawab persoalan warganet sama ada filem arahan Ariff Zulkarnain ini betul-betul berkisar tentang dirinya seperti yang didakwa atau sebaliknya.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Aman tampil menafikan dakwaan orang ramai dengan berkata semua cerita satu sen di luar adalah fiksyen dan tidak ada kena-mengena dengan dirinya yang masih hidup.

Sumber: Facebook Aman Shah

“Cerita-cerita satu sen dekat luar itu adalah fiksyen dan tidak ada kena-mengena dengan abang yang masih hidup. Dah namanya inspirasi kan hehehe,” ujarnya.

Menerusi tinjauan kami di laman Facebook, seorang warganet bertanya sama ada Aman pernah memberikan green light atau kebenaran kepada pihak produksi untuk membuat cerita ini.

Aman kemudiannya menjawab bahawa dia tidak memberi kebenaran kepada pihak produksi untuk membuat cerita itu.

Sumber: Facebook Aman Shah

Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Sofia Jane dan Amerul Affendi, filem One Cent Thief ini mengisahkan seorang jurubank bernama Iman Syah (Syafiq Kyle) telah menggemparkan negara 30 tahun lalu selepas terlibat dalam jenayah siber dengan menggodam sistem komputer bank dan mencuri wang pelanggan tanpa dapat dikesan.

Sumber: Instagram @astroshaw

Pada pendapat anda, adakah filem One Cent Thief ini fiksyen semata-mata ataupun mengambil inspirasi daripada kisah benar seperti yang didakwa?

Anda boleh tonton trailer penuh di bawah.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca