Pada 8 Mac Ini, dokumentari MH370: The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix pada detik tragedi pesawat itu hilang dari radar.

Dokumentari ini bakal membawa komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasatan yang masih terus mencari jawapan kehilangan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi pada 8 Mac 2014 (Sabtu) dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.
Misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 yang telah membawa 239 penumpang dan anak kapal menjadi perhatian seluruh dunia berikutan kegagalan menjejakinya.

Sehingga kini, MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.
Episod pertama dokumentari itu akan membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.
Episod kedua bakal menampilkan beberapa pakar yang akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas.

Episod ketiga pula bakal memaparkan penemuan serpihan besar dipercayai milik MH370 yang hanyut di lautan di Timur Afrika.

Antara tetamu diundang dalam dokumentari itu termasuklah wartawan sains dan penulis The Plane That Wasn’t There: Why We Haven Found MH370, Jeff Wise dan wartawan, Florence de Changy.

MH370: The Plane That Dissapeared arahan Luise Malkinson yang pernah menerbit siri dokumentari jenayah seperti Catching a Predator pada 2021.
“Keluarga mahu masyarakat terus bercakap mengenai hal ini (kehilangan pesawat). Mereka mahukan satu platform yang boleh mewakili mereka kerana menghampiri sembilan tahun tragedi ini berlaku, namun tiada apa-apa penemuan,” kata Malkinson.
Untuk membaca artikel #LejenFlix, anda boleh klik pautan di bawah: