#LejenFlix: 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

Selain Ibrahim Pendek, Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa, lima orang pelakon ini turut menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara.

Kami akan kongsikan lima orang pelakon yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa menerusi artikel ini:

1. Tiara Jacquelina

Sumber: Instagram @tiarajacquelina

Mula menjadi bualan ramai selepas membintangi Puteri Gunung Ledang sebagai Gusti Putri, Puan Sri Tiara Jacquelina pernah menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood iaitu Beyond Rangoon pada tahun 1995.

Turut dibintangi oleh beberapa pelakon ternama tanah air seperti M. Rajoli, Ismail Din dan Hani Mohsin, Tiara memegang watak sebagai San San iaitu seorang kerani hotel dalam Beyond Rangoon.

2. Rosyam Nor

Sumber: Instagram @iamrosyam

Diberi julukan sebagai Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor ditawarkan untuk berlakon dalam filem Tamil berjudul Kabali pada tahun 2016. Bergandingan bersama Rajinikanth dan Norman Hakim dalam filem ini, Rosyam berjaya membawa watak antagonis dengan cukup baik sekali.

3. Erra Fazira

Sumber: Instagram @errafazira

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Primadona Filem Melayu iaitu Erra Fazira? Aktres ternama ini pernah membintangi sebuah filem thriller bertajuk Hidden bersama Christopher Atkins pada tahun 2011.

Turut dibintangi oleh Elaine Daly, Erra membawa watak sebagai seorang ibu tunggal bernama Dian dalam filem tersebut.

4. Bront Palarae

Sumber: Instagram @bront_palarae

Bront Palarae banyak membintangi filem-filem dari negara seberang seperti Pengabdi Setan, Ayat-Ayat Cinta 2 dan Headshot. Pada tahun 2015, pelakon Ola Bola ini menerima tawaran untuk berlakon sebagai Gusti dalam drama bersiri Halfworlds yang diterbitkan oleh HBO.

5. Maya Karin

Sumber: Instagram @maya_karin

Maya Karin bukanlah satu nama yang asing dalam industri perfileman tanah air. Mula menjadi bualan ramai selepas membintangi Pontianak Harum Sundal Malam, Maya pernah bergandingan bersama aktor-aktor Hollywood seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey dalam filem Alone pada tahun 2020.

Pernahkah anda tonton semua filem di atas?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca